Zon Ekonomi Utama C : Pintu Pembangunan Barat

Lokasi

Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama C adalah perkhidmatan pelabuhan dan marin, pergudangan, pusat logistik, kejuruteraan, pembuatan berteknologi tinggi, produk-produk makanan, petrokimia, perdagangan entrepot, Ibu pejabat wilayah, pusat-pusat perolehan serantau dan utiliti-utiliti (kuasa).

MMC Corp BHD, sebuah syarikat awam yang tersenarai di dalam Bursa Saham Malaysia, adalah peneraju utama di Zon Ekonomi Utama C, melalui pemilikan sahamnya di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Loji Jana kuasa Tanjung Bin. MMC / Dubai World telah bercadang untuk membina sebuah Pusat Maritim di Tanjung Bin yang bernilai US$5 bilion.

Kebanyakan daripada tanah-tanah bank di Zon Ekonomi Utama C adalah merupakan tanah pertanian dan hutan bakau.

Bagi tanah bank yang boleh digunakan, terdapat kira-kira 700 ekar di dalam Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) boleh digunakan untuk tujuan pelaburan dalam pelbagai sektor termasuklah pergudangan, pemerolehan antarabangsa, dan sebagainya. Turut dicadangkan, seluas 2,215 ekar Pusat Maritim di Tanjung Bin juga menawarkan peluang-peluang pelaburan untuk pengusaha minyak dan gas.

Pada bulan Februari 2008, harga tanah di Zon Ekonomi Utama C adalah dalam anggaran sekitar RM18 (US$5) setiap kaki persegi (untuk kegunaan perindustrian / perdagangan).

Laluan Jalan Ekspress kedua disambungkan dengan kawasan ke Johor Bahru / Kuala Lumpur. Mengambil masa hanya selama 30 minit perjalanan dari Zon Ekonomi Utama C ke Johor Bahru dan Lapangan Terbang Senai. Pada masa depan, akan terdapat satu sistem MRT / LRT disitu, yang akan menyambungkan Zon Ekonomi Utama C dengan Pusat Bandar Johor Bahru dan tempat lain.

Pengenalan

Lokasi
Zon Ekonomi Utama C terletak di kawasan barat daya wilayah Iskandar Malaysia. Ia adalah meliputi Mukim Jeram Batu dan Mukim Jelutong ke utara; Mukim Serkat dan Mukim Sungai Karang ke barat; Selat Tebrau ke selatan; serta Gelang Patah dan Nusajaya ke timur. Ia merangkumi keluasan melebihi 30,000 ekar.

Mercu Tanda
Selain Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), mercu tanda lain di Zon Ekonomi Utama C termasuklah RAMSAR (Mukim Sungai Karang dan Hutan Simpan Kekal Sungai Pulai), Loji Jana kuasa Tanjung Bin, Jalan masuk kedua ke Singapura dan kawasan kediaman jumlah penduduk sederhana (dari PTP ke Ladang Lapang).

Latar belakang sejarah
Mengimbas tahun 1994, Zon Ekonomi Utama C merupakan perkampungan nelayan dalam zon kawasan RAMSAR dan bank-bank tanah pertanian. Kini, kawasan itu telah dimajukan sebagai satu daripada pusat maritim paling penting di Malaysia. Ekonomi utamanya, iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), terletak di muara timur Sungai Pulai di Selatan-Barat Johor, Malaysia.

Perhubungan
Zon Ekonomi Utama C boleh ditemui melalui jalan-jalan tempatan dari Laluan Jalan Ekspress kedua dan disambungkan ke Lebuh Raya Utara-Selatan. Di laut, ia boleh ditemui melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Penduduk
Jumlah penduduk di Zon Ekonomi Utama C adalah dalam lingkungan 45,000 orang, kebanyakannya tertumpu di kawasan berhampiran Pelabuhan Tanjung Pelepas (est. 25,000), Mukim Jeram Batu (est. 11,000), Mukim Serkat (est. 5,000) dan Mukim Sungai Karang (est. 2,000).

Mercu Tanda

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)
Pada peringkat awal iaitu pada tahun 1999, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah berkembang menjadi sebuah pelabuhan kontena utama di dunia. Dalam jangka masa yang singkat iaitu selama enam tahun, daya pemprosesan PTP mulai berkembang sebanyak sepuluh kali ganda. Bagi menghargai pertumbuhan pesat dan perkhidmatan cemerlang PTP, pelabuhan itu telah diiktiraf sebagai ‘Terminal Kontena Asia Tahunan' pada tahun 2004 dan 2006.

 

Jalan Perhubungan Kedua ke Singapura
Laluan kedua Malaysia-Singapura adalah sebuah jambatan yang menghubungkan Singapura dan Johor, Malaysia. Di Singapura, ia secara rasmi kenali sebagai Laluan Kedua Tuas. Jambatan itu dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di lorong Johor-Singapura, dan telah dibuka sebagai lalu lintas pada 2 Januari 1998. Jambatan berkembar dua, tiga batang lorong jalan raya menghubungkan Kampong Ladang di Tanjung Kupang, dan Johor ke Jalan Ahmad Ibrahim di Tuas, Singapura. Panjang jambatan atas air itu adalah 1,920m (6,300 kaki).

 

Taman Warisan RAMSAR
Pulau Kukup, Sungai Pulai dan Tanjung Piai telah disenaraikan sebagai kawasan RAMSAR pada 31 Januari 2003. Meliputi keluasan kira-kira 23,000 ekar, kawasan RAMSAR di Johor adalah merupakan pulau bakau yang tidak didiami terbesar di dunia. Kawasan RAMSAR menyediakan peluang-peluang besar untuk aktiviti pelancongan.

 

Loji Jana Kuasa Tanjung Bin
Loji Jana kuasa Tanjung Bin telah diberikan lesen untuk membina, beroperasi dan memiliki loji kuasa batu arang 2,100 MW di Tanjung Bin, Johor, bagi tempoh selama 25 tahun, efektif dari tarikh operasi komersial unit pertama. Loji kuasa itu mengandungi tiga unit-unit penjanaan kuasa, setiap satu mempunyai muatan bersih nominal 700MW. Loji Jana kuasaTanjung Bin Sdn Bhd adalah merupakan 90% milik anak syarikat Malakoff Corporation Berhad sebaliknya 51% dimiliki oleh anak syarikat MMC BHD

 

Terminal Bahan Api
Kerajaan telah menebus guna pulau di Tanjung Bin, Johor dengan perancangan untuk membangunkan sebuah wilayah Pusat Petroleum. Pusat tersebut akan mempunyai kemudahan Tangki Ladang dengan kapasiti selaras kira-kira 1 juta m3, serta dua buah jeti dan tujuh buah tambatan. Kini, kerja yang perlu dilaksanakan adalah meneruskan jadual mempercepatkan untuk memastikannya siap pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada tahun 2009.

 

Pusat Maritim
MMC dan Dubai World pernah mengusulkan untuk membangunkan 2,215 ekar pusat maritim di Tanjung Bin yang akan merangkumi aktiviti-aktiviti pangkalan minyak, dok-dok kering, sebuah limbungan kapal, kemudahan pengendalian kargo konvensional, taman-taman logistik dan pembangunan hartanah. Cadangan pembangunan telah menarik minat pelabur-pelabur asing dengan potensi pelaburan berjumlah RM16 bilion. Pusat itu dijangka akan beroperasi pada tahun 2010.

Artikel Berkaitan

Kenapa Malaysia? Kelebihan-kelebihan Malaysia

Merupakan sebuah Negara yang stabil, p...

Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa' Perkh...

Zon Ekonomi Utama E : Senai - Skudai

Lokasi   Aktiviti-aktiviti ekono...

Kit Informasi Iskandar Malaysia

Insentif Zon Ekonomi Utama Iskandar Ma...

Di mana tempat beriadah?

Iskandar Malaysia adalah mampu dimilik...

Risalah-risalah Iskandar Malaysia

Anda boleh mencari dan memuat turun ri...

 
Share |