Malaysia merupakan satu daripada destinasi-destinasi perlancongan terhebat di Asia Tenggara, memiliki tarikan-tarikan dan aktiviti-aktiviti untuk pelanggan kosmopolitan, peminat kebudayaan, penggemar sejarah dan pencinta alam semulajadi.
Terdiri daripada Semenanjung Malaysia (di barat) dan timur Malaysia (sebahagian daripada kepulauan Borneo), negara ini mempunyai banyak tarikan untuk anda, daripada pengalaman membeli belah bandar-bandarnya yang moden, hingga ke kegemilangan seni kebudayaannya dan warisan semulajadi yang kaya dengan flora dan fauna!
Membeli-belah
Pusat Membeli-belah Iskandar Malaysia adalah lebih daripada destinasi membeli-belah. Sebagai tempat-tempat yang direka dengan baik dan, ia mempunyai pelbagai jenis kedai-kedai seperti :-
Kedai-kedai jualan termasuk pelbagai kedai-kedai pereka jenama mewah dan jenama-jenama utama serta busana anggun antarabangsa.
Gerai-gerai makanan, kafeteria, kedai-kedai jualan makanan segera dan restoran-restoran bertema.
Pawagam-pawagam multipleks .
Pusat-pusat hiburan dan istirehat.
Johor mempunyai salah satu daripada perbelanjaan pengguna yang tertinggi dalam negara melibatkan semua kategori produk, yang akan menarik sejumlah peruncit kebangsaan dan antarabangsa.
Santapan
Makanan adalah satu kegemaran di bandar raya, dan seseorang akan rambang mata memilih pelbagai jenis restoran :-
Melayu
Cina
India
Timur Tengah
Benua seperti Perancis, Itali
Timur seperti Thai, Jepun, Korea
Dengan menu-menu yang akan memenuhi setiap citarasa dan berpatutan, kami sedang mengubahsuai gambaran santapan rantau ini daripada hanya yang diingati kepada yang sememangnya hebat.
Di seluruh bandar, bilik makan bertaraf empat bintang akan wujud bersama-sama dengan bistro-bistro kejiranan yang biasa, tempat-tempat santapan mewah terletak di hotel-hotel dan restoran-restoran berprofil tinggi yang dimiliki oleh pengurus restoran terkemuka agar mengimbangi kedai-kedai makan santai dan gerai-gerai yang dikendalikan keluarga yang beroperasi di lorong-lorong jalan. Rangkaian restoran makanan segera antarabangsa dan restoran-restoran bertema yang menghidangkan santapan biasa hamburger, cip-cip dan piza juga boleh diperolehi di Iskandar Malaysia.
Festival makanan yang kerap boleh diadakan untuk menghidangkan pelbagai sajian istimewa serantau dari seluruh dunia.
Tempat-tempat Hiburan
Kecil tetapi mengikut peredaran zaman tempat-tempat sosial dan rekreasi akan menawarkan anda peluang mengadakan dialog hebat dengan bertemankan rakan-rakan. Tempat-tempat hebat ini boleh didapati dalam kawasan kediaman bandar serta di pelbagai hotel-hotel beraneka pilihan di Iskandar Malaysia. Hiburan secara langsung akan menjadi satu lagi tarikan unggul, dengan menampilkan kumpulan-kumpulan muzik secara langsung di pelbagai tempat untuk menghiburkan para pelanggan.
Hotel-hotel akan melengkapi ruang istirehat mereka dengan kemudahan persekitaran yang kontemporari, moden dan mewah yang mempesonakan pada tahap sausana dan kesesuaian.
Daripada tempat-tempat hiburan besar dan mewah kepada tenteram dan bistro beraneka, tentunya akan ada sesuatu di Iskandar Malaysia untuk memenuhi setiap citarasa
Iskandar Malaysia akan menempatkan koleksi muzium yang menakjubkan, tempat-tempat artistik dan tarikan-tarikan sejarah yang menakjubkan. Terdapat juga unsur-unsur seni yang hebat, tempat-tempat muzik jaz, mercu tanda seni bina dan banyak lagi untuk memenuhi citarasa artistik dan kebudayaan anda.
Kebanyakan daripada restoran-restoran kelab malam Iskandar Malaysia mempunyai pentas untuk persembahan kumpulan-kumpulan pemuzik dan artis-artis solo tempatan dan antarabangsa. Jika anda seorang yang gemar menyanyi, datanglah ke pusat karaoke kami yang biasanya menjadi tumpuan ramai.