Laman Utama » Melabur » Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS)
Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS)
Dalam usaha untuk menyokong pembangunan ekonomi Iskandar Malaysia, MACS telah dibangunkan untuk mempercepatkan kelulusan imigresen untuk bukan pelabur Malaysia, orang-orang perniagaan dan profesional-profesional. MACS menambah baik integriti sempadan dan keselamatan dengan menggunakan gabungan teknologi Pengenalpastian Frekuensi Radio (RFID) dan pengesahan biometrik. Melalui satu proses permohonan yang selaras di Kaunter Permohonan MACS, pemohon-pemohon akan diberikan satu pelekat yang mempunyai cip RFID yang akan disertakan dengan pasport.
Pemegang-pemegang MACS mendapat faedah dari pemprosesan mengautomasi imigresen yang lebih cepat melalui akses lorong keluar dan masuk khas MACS dan juga terkecuali daripada keperluan menyiapkan kad ketibaan imigresen (IMM.26). Jesteru, rekod-rekod masuk dan keluar ke / dari Malaysia akan dibuat dalam talian dan penggunaan muka surat pasport untuk pengecopan akan diminimakan.
Pasangan-pasangan dan tanggungan pemegang-pemegang MACS juga berhak untuk memohon kemudahan ini dengan syarat bahawa mereka telah diberikan pas imigresen yang berkaitan.
MACS adalah semata-matanya satu bentuk kemudahan mempercepatkan dan tidak bertindak seperti visa atau pas imigresen. Pelawat-pelawat masih perlu mendapatkan visa (jika boleh digunakan) dan akan dikeluarkan dengan pas imigresen berkaitan. Pemohon yang memegang ‘Singaporean Frequent Travellers’ masih perlu untuk mendapatkan pas imigresen jangka masa panjang yang berkaitan
KELAYAKAN Pemohon-pemohon MACS yang terlibat dengan projek-projek pembangunan wilayah Iskandar perlu memenuhi terma dan syarat seperti berikut:
Bukan rakyat Malaysia yang ditaja oleh sebuah syarikat Malaysia (atau syarikat yang berpangkalan di Malaysia) dan terlibat secara langsung di dalam pembangunan dan projek/ aktiviti-aktiviti berkaitan dengan wilayah Iskandar;
Memiliki pasport antarabangsa dengan tempoh sah minima dua (2) tahun;
Tidak tersenarai di dalam senarai suspek imigresen;
Telah dikeluarkan dengan satu pas imigresen jangka masa panjang yang berkaitan (jika terpakai – untuk pemohon-pemohon kategori B); dan
Visa Kemasukan (jika terpakai – untuk rakyat yang memerlukan visa)
PERMOHONAN Borang-borang permohonan boleh didapati secara dalam talian pada laman web Imigresen Malaysia di http://macs.imi.gov.my/.
Borang-borang permohonan mesti siap dicetak, disahkan oleh penaja Malaysia dan diendorskan oleh wakil PBWP (hanya terpakai untuk pemohon MACS –Iskandar Malaysia).
Penyerahan borang-borang permohonan (dan dokumen-dokumen sokongan berkaitan) perlu dibuat di Pusat Hentian Setempat MACS berkaitan. Pemohon-pemohon MACS -Iskandar Malaysia perlu menyerahkan borang lengkap di pejabat PBWP.