Ia terbuka kepada rakyat negara-negara yang diktiraf oleh Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan umur. Program tersebut membenarkan pemohon-pemohon membawa bersama pasangan, ibubapa yang berumur lebih daripada 60 tahun dan anak-anak yang belum berkahwin berumur di bawah 21 tahun sebagai tanggungan. Di dalam program ini, rakyat asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan ekspatriat yang ingin bersara di Malaysia selepas tempoh Pas Pekerjaan mereka tamat juga layak memohon untuk menetap di Malaysia.
Para pemohon dibenarkan membawa bersama pasangan, anak-anak yang belum berkahwin berumur di bawah 21 tahun dan ibubapa yang berumur lebih daripada 60 tahun sebagai tanggungan.
Program Malaysia Rumah Kedua ku memperuntukkan kepada pemegang-pemegang visa satu pas lawatan sosial kemasukan pelbagai, jangka masa sepuluh tahun dan boleh diperbaharui. Berikut disenaraikan terma dan syarat serta kelebihan lain untuk pemegang-pemegang visa.
Pemohon-pemohon adalah diharapkan memiliki kewangan yang mencukupi untuk menanggung diri mereka sendiri untuk program ini di Malaysia.
Semasa permohonan :
- Pemohon-pemohon berumur 50 tahun ke bawah perlu menunjukkan pengesahan aset cair bernilai minimum RM500,000 dan pendapatan luar pesisir sebanyak RM10,000 sebulan.
- Pemohon-pemohon berumur 50 tahun dan ke atas perlu menyertakan bersama pengesahan kewangan bernilai RM350,000 untuk aset cair dan pendapatan luar pesisir RM10,000 sebulan. Bagi mereka yang telah bersara, mereka perlu menunjukkan pengesahan penerimaan pencen daripada dana yang diluluskan kerajaan bernilai RM10,000 sebulan.
- Pemohon-pemohon baru yang membeli hartanah bernilai sekurang-kurangnya RM 1 juta adalah layak untuk membayar jumlah deposit tetap yang rendah atas persetujuan.
LAPORANSemua pemohon dan tanggungan mereka perlu menyerahkan laporan perubatan yang disahkan oleh mana-mana hospital swasta atau klinik berdaftar di Malaysia,
Pemohon yang diluluskan dan tanggungan mereka mestilah mempunyai insuran perlindungan perubatan yang disahkan dan digunapakai di Malaysia, daripada mana-mana syarikat Insurans.
Bagaimanapun, pengecualian mungkin diberikan kepada peserta-peserta yang mengalami kesulitan untuk mendapatkan insuran perubatan disebabkan oleh umur mereka dan syarat perubatan.
Permohonan secara langsung sahaja
Pemohon-pemohon yang memohon secara langsung perlu memenuhi syarat bon sekuriti. Sila rujuk kepada Bon Peribadi untuk bayaran setiap seorang bergantung pada warganegara, lingkungan dari RM200-2000.00.
Hanya untuk permohonan secara langsung.
Pemohon-pemohon yang membuat permohonan secara langsung perlu memenuhi syarat bon sekuriti. Sila rujuk Bon Persendirian untuk kadar bagi setiap seorang warganegara, iaitu antara RM200-RM2000.
|
|
Permohonan melalui ejen.
Organisasi berlesen perlu menyediakan bon persendirian untuk pelanggan mereka yang telah diluluskan di bawah program MM2H.
Pemohon-pemohon yang berjaya perlu memenuhi kriteria kewangan berikut semasa penerimaan ’surat kelulusan bersyarat’ daripada Jabatan Imigresen Malaysia.
Semasa kelulusan: berumur 50 tahun ke bawah
- Membuka akaun simpanan tetap RM300,000.00.
- Selepas tempoh setahun, peserta boleh mengeluarkan sehingga RM150,000.00 untuk perbelanjaan yang diluluskan berkaitan dengan pembelian rumah, pendidikan untuk anak-anak di Malaysia dan tujuan perubatan.
- Mesti mengekalkan baki minimum RM150,000.00 dari tahun kedua berikutnya dan selama menetap di Malaysia di bawah program ini.
Pemohon diluluskan yang membeli dan memiliki hartanah di Malaysia yang bernilai RM1 juta dan ke atas boleh menyertakan bersama keperluan asas deposit tetap bernilai RM150,000 dengan syarat bahawa hartanah tersebut telah dibayar sepenuhnya dan dokumen pemilikan seperti geran dan hak milik tanah telah dikeluarkan. Jumlah ini tidak boleh dikeluarkan sehingga peserta membuat keputusan untuk menamatkan penyertaannya di dalam program MM2H.
- Selepas kelulusan: berumur 50 tahun dan ke atas
- Boleh memilih sama ada:
- Membuka akaun deposit tetap bernilai RM150,000.00 ; ATAU - Menunjukkan pengesahan dana pencen yang diluluskan kerajaan bernilai RM10,000
- Selepas tempoh setahun, peserta yang memenuhi kriteria deposit tetap boleh mengeluarkan sehingga RM50,000.00 untuk perbelanjaan yang diluluskan berkaitan dengan pembelian rumah, pendidikan untuk anak-anak di Malaysia dan tujuan perubatan.
- Pemohon mesti mengekalkan baki minimum bernilai RM100,000.00 dari dua tahun berikutnya dan selama dia menetap di Malaysia di bawah program ini.
Pemohon diluluskan yang membeli dan memiliki hartanah di Malaysia yang bernilai RM1 juta dan ke atas boleh menyertakan bersama keperluan asas deposit tetap bernilai RM100,000 dengan syarat bahawa hartanah tersebut telah dibayar sepenuhnya dan dokumen pemilikan seperti geran dan hak milik tanah telah dikeluarkan. Jumlah ini tidak boleh dikeluarkan sehingga peserta membuat keputusan untuk menamatkan penyertaannya di dalam program MM2H.
Pemohon-pemohon yang berjaya terikat kepada polisi, sistem dan peraturan pencukaian negara ini. Walau bagaimanapun, pendapatan luar negara mereka tidak akan dikenakan cukai di Malaysia.
Kelulusan diberikan tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan menyeluruh yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia
Pemohon-pemohon yang berjaya dilarang SAMA SEKALI daripada perkara-perkara berikut :
- Diambil bekerja di mana-mana tempat di Malaysia melainkan diluluskan oleh kerajaan.
- Menyertai aktiviti yang dianggap sensitif kepada penduduk tempatan seperti aktiviti mubaligh atau politik.
|