Pelaksanaan jangkamasa Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9)
Johor Bahru, Sabtu 13 Mac – Kerajaan komited untuk membanteras jenayah di Iskandar Malaysia dengan memperuntukkan sejumlah RM86juta tahun ini untuk melaksanakan empat usaha membendung jenayah yang tersenarai di dalam Pelan Keselamatan dan Sekuriti Iskandar Malaysia.
Menteri Besar Johor Dato’ Haji Abdul Ghani Othman berkata perbelanjaan merangkumi pewujudan 138 buah Pos Polis Komuniti (CPP) (RM55juta), pemasangan 1000 unit kamera litar tertutup (CCTV) sebanyak (RM22juta), pengambilan seramai 300 orang polis bantuan (RM7juta) dan pembinaan pusat tahanan dadah sementara (RM3juta).
Beliau menambah, di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) kelak, terdapat lebih banyak lagi peningkatan dan inisiatif yang akan dilaksanakan bagi membendung kegiatan jenayah.
“Pelancaran CPP pada hari ini hanyalah salah satu daripada 46 programme yang tersenarai di bawah Pelan Keselamatan dan Sekuriti Iskandar Malaysia. Program-program ini akan dilaksanakan secara berperingkat,” kata Abdul Ghani yang juga merupakan Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
Beliau juga memberitahu bahawa implementasi Keselamatan dan Sekuriti pada tahun lalu (2009) adalah diperingkat koordinasi dan penyepaduan manakala pada tahun ini adalah untuk meningkatkan keupayaan dan peralihan daripada inisiatif kepada implementasi.
“Kami juga akan mengenal pasti jurang atau kekurangan yang ada dengan semua agensi dan organisasi,” kata Abdul Ghani sewaktu pelancaran CPP Iskandar Malaysia yang pertama di Taman Bestari Indah, Ulu Tiram hari ini.
Antara inisiatif Keselamatan dan Sekuriti lain yang di dalam termasuk pembangunan sistem kecemasan untuk komuniti Iskandar Malaysia, melaksanakan sistem ‘Computer Aided Despatch’ (CAD) di semua agensi dan membina pusat latihan polis bantuan.
“Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, IRDA, pihak-pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi penguatkuasa, dan pihak-pihak lain yang berkaitan memandang serius usaha membanteras jenayah bagi memastikan komuniti menikmati suasana yang lebih aman dan bebas jenayah,” kata Abdul Ghani.
Abdul Ghani menyatakan bahawa dia percaya jenayah akan dapat dibendung dan dikawal dengan peningkatan kehadiran pihak polis di dalam komuniti melalui initiative CPP ini.
Hadir bersama sewaktu pelancaran adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Tan Sri Hassan, Ketua Police Johor Dato’ Mohd Mokhtar Shariff dan Ketua Pegawai Eksekutif IRDA Ismail Ibrahim.
Musa berkata perancangan seperti ini akan merapatkan lagi hubungan di antara pihak polis dan komuniti untuk menjalinkan kerjasama yang pro-aktif dalam membanteras jenayah. Tambahnya, CPP adalah milik pihak polis sepenuhnya dan akan dikendali, dioperasi dan dijaga oleh pihak polis.
Dibawah inisiatif perintis ini, sebanyak 138 buah CPP akan ditubuhkan dalam tahun 2010. Ini merupakan 66% daripada 208 kawasan perumahan di Iskandar Malaysia. Sejumlah 70 CPP lagi akan dibina di bawah RMK10.
# # # TAMAT # # #
Mengenai IRDA
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) adalah badan berkanun yang tertanggungjawab untuk merancang, mempromosi dan memudahcara usaha-usaha pembangunan di Iskandar Malaysia. Ia juga bertanggungjawab bagi merealisasikan visi dan objektif Iskandar Malaysia ke arah pengwujudan sebuah metropolis kukuh dan lestari bertaraf antarabangsa.
Untuk pertanyaan mengenai media, sila hubungi Ghazali Musa di talian 019-754 5115 atau Puan Marsha Tan di talian 019-777 8475.