ISKANDAR MALAYSIA, Sabtu, OCT 29: Pengguna jalan raya kini boleh menikmati perjalanan yang lancar dengan masa perjalanan lebih pendek di ISKANDAR MALAYSIA dengan penyempurnaan persimpangan dan pembukaan persimpangan yang baru.
Pembukaan Persimpangan Taman Tema 1 dan Bukit Indah menghubungkan terus perjalanan ke Horizon Hills di Nusajaya daripada bandaraya Johor Bahru dan sebaliknya melalui Lebuhraya Pesisir Pantai.
Kini masa yang di ambil daripada Horizon Hills di Nusajaya ke bandaraya Johor Bahru hanya mengambil masa selama 15 minit berbanding 25 minit sebelum ini sekiranya mengambil Jalan Skudai melalui Taman Perling dan Link Kedua.
Salah satu jambatan yang telah di buka ialah di Persimpangan Jalan Abu Bakar-Jalan Lingkaran Dalam yang menghubung terus daripada Jalan Abu Bakar ke Bangunan Sultan Iskandar (CIQ) melalui Jalan Lingkaran Dalam.
Masa perjalanan hanya sekitar lima minit berbanding sebelumnya 15 minit kerana perjalanan yang lancar tanpa lampu isyarat darpada Jalan Abu Bakar ke CIQ.
Sementara itu, penyempurnaan Persimpangan Indahpura di Kulai akan di buka kepada pengguna jalan raya daripada bandaraya Johor Bahru menuju ke Johor Premium Outles yang juga bakal dibuka tidak lama lagi melalui Jalan Skudai-PLUS-Linkedua. Untuk ini, perjalanan dapat disingkatkan sehingga ke 20 minit berbanding 40 minit melalui Jalan Skudai-Senai-Bandar Indahpura.
Namun begitu, jalan ini belum lagi dibuka kepada orang awam sehingga diberitahu kerana kerja-kerja penyelengaraan terakhir masih lagi dijalankan.
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Ismail Ibrahim merasmikan persimpangan yang dibuka berterima kasih kepada orang awam unuk sokongan mereka terhadap ISKANDAR MALAYSIA dan projek-projek di sini.
“ Bagi pihak IRDA saya dengan rasa rendah hati ingin berterima kasih kepada orang awam yang telah menunjukkan sokongan terhadap ISKANDAR MALAYSIA mereka dengan kesabaran dan persefahaman yang mereka berikan.
“Kami menjangkakan sedikit kesesakan berlaku ketika cuti sekolah dan cuti umum Hari Raya Haji. Dengan pembukaan persimpangan ini kami harap perjalanan anda akan lebih lancar.
“ IRDA komited untuk menyiapkan projek-projek ini dan terus bekerjasama dengan rakan-rakan strategik serta Kerajaan bagi membangunkan ISKANDAR MALAYSIA ke arah kehidupan yang lebih baik untuk rakyat,” kata Ismail.
Ahmad Abdul Raman, 60 tahun, pesara berkata dengan infrastruktur-infrastruktur baru, pemandangan Johor Bahru telah berubah dan ISKANDAR MALAYSIA berada dilandasannya menjadi sebuah metropolitan bertaraf antarabangsa.
Orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai projek-projek IRDA boleh menghubungi +607 218 3100 atau emel kepada rmk9info@irda.com.my.
Klik sini untuk Lembaran Fakta
--- Tamat ---
Latar Belakang IRDA
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) adalah badan berkanun yang diberi kuasa untuk merancang, mempromosi, memproses, merangsang dan menjalan usaha-usaha pembangunan di Iskandar Malaysia. Ia juga bertanggungjawab merealisasikan visi dan objektif Iskandar Malaysia ke arah sebuah metropolis kukuh, mampan dan bertaraf antarabangsa.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Marsha Tan di talian 019-777 8475 atau Izyan Ahmad di talian 012 7945696.