Kerjasama di antara IDR Resorts dan 4 pusat bertauliah untuk memantapkan usaha pembangun modal insan

20 October 2011, By IRDA

BATU PAHAT, 20 Oktober 2011:  IDR Resorts Sdn Bhd, hari ini, telah menandatangani memorandum kerjasama dengan empat pusat latihan yang bertauliah dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia (JPK atau “SkillsMalaysia”), bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja  mahir dan profesional bagi operasi taman tema LEGOLAND®, di Nusajaya, Johor Bahru.

Pusat bertauliah yang terlibat dalam kerjasama ini adalah Kolej Komuniti YPJ yang berpusat di Johor Bahru, Johor; Kolej Negeri Chedang Campus Seremban, Negeri Sembilan; East West Colledge di Seremban, Negeri Sembilan dan; Kagumas Culinary Academy di Bangi, Selangor.

Melalui kerjasama ini, pusat-pusat latihan ini telah dipertanggungjawabkan untuk melatih seramai 500 orang pelatih, dari pelbagai bidang, manakala pelatih – pelatih yang trampil akan diserapkan sebagai tenaga kerja Taman Tema LEGOLAND.

Muhammad Zainal Ashikin, Ketua Pegawai Eksekutif IDR Resort, berkata perjanjian yang dimeterai itu adalah sebahagian dari komitmen jangka panjang Iskandar Investment Berhad dan anak-anak syarikatnya ke arah mendidik, memperkaya sekali gus memperkasa rakyat untuk mengambil peluang dan menjadi sebahagian daripada mereka yang menikmati kejayaan Iskandar Malaysia.

Usaha ini juga bertujuan untuk membuka peluang dan ruang untuk rakyat menjadi sebahagian daripada warga LEGOLAND Malaysia, satu-satunya taman tema LEGOLAND di Asia... yang kini berada di Iskandar Malaysia.

Buat masa ini, Legoland menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan yang menarik dalam pelbagai bidang, terutamanya di dalam bidang khidmat pelanggan, pengurusan dan hospitality.  Jumlah tenaga kerja yang diperlukan oleh LEGOLAND Malaysia dijangka mencecah ke 1,500 orang pada tahun 2013.

 “Ingin saya tekankan disini, keutamaan dalam pengambilan tenaga kerja akan diberikan kepada rakyat tempatan, terutamanya anak watan Johor. Oleh itu, saya ingin menyarankan kepada anak-anak muda tempatan agar merebut peluang seperti ini, bukan sekadar untuk mendapat pekerjaan atau mempertingkatkan taraf hidup, tetapi untuk menimba pengalaman bekerja dengan syarikat-syarikat yang bertaraf antarabangsa.

“Ini adalah komitmen kami di Iskandar Investment Berhad. Kami amat berbangga dengan komitment dan penglibatan kami dalam usaha mengenalpasti dan melatih tenaga-tenaga kerja baru yang berpotensi untuk menjadi pemimpin di masa hadapan. Kami berharap agar kita semua dapat bersama-sama berganding bahu dalam menjadikan negara ini sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020 di mana Iskandar Malaysia akan menjadi salah satu penyumbang utama untuk matlamat ini,” katanya.

Taman Tema LEGOLAND yang pertama di Asia itu dibina di kawasan seluas 31 hektar dan dibangunkan oleh IDR Resorts, anak syarikat Iskandar Investment Berhad bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta.

LEGOLAND Malaysia adalah yang keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.

--- Tamat ---

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 

Anna Maria Samsudin

Iskandar Investment Berhad

Tel: +607 233 9000 / +6019 7344889

Email: annamaria@my-iib.com 

Related Content

FAQs

1. What is Iskandar Malaysia...

Safe Home Campaign

As part of Iskandar Malaysia’s commi...

Where to Shop?

Shopping As the Southern Gateway to Ma...

Internal Capabilities And Capacity of IRDA

IRDA’s new office in Danga Bay provi...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Iskandar Service Centre

Iskandar Service Centre provides one-s...

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)

The Graduate Employability Management ...

Bus Iskandar Malaysia Service

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa'...

 
Share |