13 buah Program Pembangunan Bakat Berjaya diimplementasi dengan 5,000 penyertaan

24 April 2010, By IRDA

Johor Bahru, Sabtu 24 April 2010 – Penduduk Iskandar Malaysia kini boleh menikmati hasil daripada pembangunan wilayah ini apabila sebanyak 5,000 orang menyertai 13 buah program yang diimplementasi untuk pembangunan bakat, di sini.

Program-program tersebut adalah sebahagian daripada program pembangunan sosial Iskandar Malaysia yang bertujuan meningkatkan lagi modal insan di wilayah ini.

Ketua Eksekutif IRDA, Ismail Ibrahim berkata, program ini adalah hasil daripada usaha sama di antara Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan beberapa agensi-agensi kerajaan serta rakan-rakan seindustri yang terlibat.

“ Terdapat 65 buah inisiatif di bawah Pelan Induk Pembangunan Modal Insan Iskandar Malaysia dan 13 diantaranya adalah program pembangunan bakat yang telah berjaya diimplementasikan sejak tahun lalu lagi”

“13 program tersebut dibahagikan kepada 3 kategori iaitu latihan pra-pekerjaan, latihan menambah dan meningkatkan kemahiran, dan latihan keusahawanan,“ kata beliau lagi sewaktu pelancaran julung-julung kalinya Expo Kerjaya Iskandar Malaysia(IMCE) 2010 di Danga City Mall hari ini.

Ismail juga berkata, fokus utama latihan pra-pekerjaan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai kemahiran-kemahiran yang diperlukan di dalam sesebuah industri dan organisasi. Kemahiran-kemahiran tersebut termasuk dalam keterampilan diri iaitu komunikasi, kemahiran pembentangan dan kemahiran antara perorangan.

Di antara program yang diimplementasi di bawah categori ini ialah Iskandar Malaysia Graduate Leadership Assessment and Development (IMGLAD) dan Program Pembangunan Belia (BERTAM).

Sementara itu, objektif program menambah dan meningkatkan kemahiran ini adalah untuk melatih para pekerja sedia ada mempertingkatkan kecekapan mereka. Ini pada masa akan datang, akan meningkatkan lagi produktiviti dan peluang-peluang pekerjaan para peserta.

Di antara program-program yang telah berjaya diimplementasi di bawah categori ini ialah program Skill Enhancement and Emplyability(SEED) dan Projek Pengurusan Profesional(PMP).

Bagi program latihan keusahawanan pula, ia mensasarkan kepada individu-individu yang berminat meneroka peluang-peluang di dalam bidang keusahawanan terutamanya di dalam Industri Kecil dan Sederhana (SME dan SMI), juga industri-industri yang lain di Iskandar Malaysia.

Program-program tersebut berjaya diimplementasi di bawah categori Program Pembangunan Kontraktor(CDP) dan program mempertingkat kemahiran Fundamentals Industrialised Building System (IBS).

“ Selain daripada program-program tersebut, expo kerjaya seperti IMCE 2010 juga adalah cadangan di bawah pelan induk yang bertindak sebagi pemudah cara memadankan pekerjaan yang sesuai bagi pencari kerja dan majikan” kata Ismail.

Beliau juga menambah, IMCE 2010 akan menjadi sebuah aktiviti yang dilakukan secara berkala di Iskandar Malaysia.

Sebanyak 50 buah syarikat dan organisasi bakal menawarkan 2,500 jawatan kosong yang meliputi pelbagai peringkat jawatan di IMCE. Bertemakan ‘Peningkatan Kerjaya, Memperkaya Komuniti’, para peserta expo ini terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat multinasional dan syarikat swasta serta tawaran pelbagai peringkat jawatan dari peringkat rendah sehingga ke peringkat pengurusan.

Pekerjaan yang ditawarkan adalah berdasrkan daripada 9 sektor ekonomi yang dipromosi di Iskandar Malaysia iaitu Perkhidmatan Kewangan, Logistik dan Perkhidmatan yang berkaitan, Perkhidmatan Pendidikan, Industri Kreatif, Pelancongan, Perkhidmatan Kesihatan, Elektrik dan Elektronik, Petrokimia dan Oleokimia serta Pemprosesan Agro dan Makanan.

IMCE juga akan mengadakan siri ceramah daripada mereka yang berpengalaman di dalam industri yang diceburi untuk para pencari kerja meneroka peluang-peluang pekerjaan yang ada. Siri ceramah ini merangkumi topik-topik seperti ‘Penulisan Resume’, Bgaimana membina kerjaya yang berjaya’ dan ‘Tips-tips ketike ditemuduga’.

Expo Kerjaya Iskandar Malaysia ini dianjurkan oleh IRDA dengan usaha sama Pusat JobsMalaysia diadakan di EXPO Hall, Danga City Mall, pada 24 dan 25 April 2010(Sabtu dan Ahad) dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato’ Sheikh Yahya Sheikh Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Latar Belakang IRDA

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) adalah badan berkanun yang diberi kuasa untuk merancang, mempromosi, memproses, merangsang dan menjalan usaha-usaha pembangunan di Iskandar Malaysia. Ia juga bertanggungjawab merealisasikan visi dan objektif Iskandar Malaysia ke arah sebuah metropolis kukuh, mampan dan bertaraf antarabangsa.

Untuk pertanyaan sila hubungi Puan Marsha Tan d italian 019-777 8475 atau Encik Ghazali Musa di talian 019-754 5115

Related Content

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

What is Iskandar Malaysia : Industry Cluster

Industry Cluster   The Framework ...

Where to Play?

Iskandar Malaysia is affordable, acce...

Iskandar Service Centre

Iskandar Service Centre provides one-s...

Medini Incentive Application Documents

Download Application Form For Approved...

Why Malaysia? : Advantages of Malaysia

Renowned as a stable, well-established...

 
Share |