'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa' Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia adalah sebuah usahasama di antara Kerajaan Negeri Johor, Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Pasukan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) dan syarikatsyarikat bas di Iskandar Malaysia. Menerusi inisiatif ini, 34 buah bas telah disediakan bagi operasi di 17 laluan sosial sejak 19 Disember yang lalu – sekaligus menyediakan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan-kawasan membangun di Iskandar Malaysia serta mewujudkan capaian kepada faedah-faedah sosial dan ekonomi bagi masyarakat sekeliling. Dilengkapi dengan GPS dan CCTV serta dikendalikan oleh operator yang terpilih dan pemandu yang terlatih, Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia ini dijangka memberi perkhidmatan mudah capai yang efisien, selesa dan selamat ke laluan-laluan sosial. Tumpuan diberikan ke atas kecemerlangan operator-operator bas yang akan dipantau secara berterusan bergariskan KPI yang telah disediakan. Inisiatif Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia ini adalah sebahagian daripada Projek Penstrukturan Semula Industri Bas di Iskandar Malaysia. Ia juga adalah inisiatif jangka pendek yang berimpak tinggi. Dengan adanya perkhidmatan bas ini, masyarakat dapat mancapai faedah-faedah sosial dan ekonomi di dalam Iskandar Malaysia. Kaedah perkhidmatan baru juga diperkenalkan, dimana syarikat-syarikat bas akan diberi KPI dan dipantau secara berterusan. Bas-bas yang disediakan akan dilengkapi dengan GPS dan CCTV, dan dikendalikan oleh pemandu yang terlatih dan bersopan. Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia ini bakal memberi perkhidmatan yang efisien, selesa, selamat, dan mudahcapai. |