Peluang Pekerjaan

Iskandar Malaysia dijangka menarik bakat-bakat bertaraf dunia untuk meneruskan kerjaya mereka di sini. Peluang-peluang pekerjaan banyak terdapat dalam kesemua industri-industri utama berserta pelbagai pilihan beriadah dan laluan ke alam semula jadi untuk membolehkan seseorang meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga atau rakan-rakan.

 

Dengan pembangunan Iskandar Malaysia, peningkatan peluang pekerjaan dalam pelbagai kelompok akan menjana keperluan tenaga pekerja yang andal dan mantap yang akan meningkatkan dan mengukuhkan ekonomi baru ini.

Usaha sedemikian akan memerlukan bakat-bakat serantau yang terbaik dalam bidang perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, kawalan, pengurusan, kewangan dan promosi untuk memastikan kejayaan Iskandar Malaysia

Iskandar Malaysia menawarkan satu peluang yang unik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan khas yang akan membawa wawasan kemajuan metropolis Asia baru yang mengandungi unsur-unsur melabur, bekerja, bermastautin dan beriadah.

Kami mengalu-alukan anda untuk melihat pekerjaan-pekerjaan yang terdapat di Iskandar Malaysia dengan menekan pautan di bawah.

Artikel Berkaitan

Risalah-risalah Iskandar Malaysia

Anda boleh mencari dan memuat turun ri...

Terima-kasih

Terima kasih di atas minat anda kepada...

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM)

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM) u...

Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa' ...

Kenapa Iskandar Malaysia? Lokasi Strategik

Global Dalam perspektif global, pemban...

Iskandar Malaysia Risalah rasmi

Here is where you can find and downloa...

 
Share |