JOHOR BAHARU, 7 Jun (Bernama) -- Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-8 akan dianjurkan oleh Johor Baharu dari 4-6 Disember tahun ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada.
Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam berkata, Johor Baharu akan menjadi bandar raya bukan ibu negara pertama menganjurkan WIEF yang adakan setiap tahun itu.
"Penting bagi WIEF untuk diadakan di Johor kerana ia merupakan wilayah yang paling pantas berkembang di Malaysia dengan pembangunan berskala besar, yang akan menyediakan peluang amat besar bagi perniagaan dan pelaburan," kata bekas timbalan perdana menteri itu semasa sidang media di sini, Khamis.
Turut hadir ialah Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Setiausaha Agung Yayasan WIEF Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Tahun lepas forum itu diadakan di Astana, Kazakhtan.