Khazanah labur RM11 juta di Georgetown

21 February 2012 , By Utusan

Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) telah melabur RM11 juta bagi projek membangunkan semula kawasan perbandaran di Georgetown.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, projek yang sedang diusahakan anak syarikatnya, Think City Sdn. Bhd. merupakan projek perintis untuk meneroka bidang perancangan bandar secara mapan.

Beliau berkata, projek ini selari dengan sokongan mereka terhadap pengiktirafan yang diberikan kepada Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia.

"Ia merupakan satu bentuk sokongan dan menjadi penanda aras bagi Khazanah dalam melaksanakan sebarang projek perancangan bandar mapan di negara ini pada masa depan," kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pembukaan pada majlis Simposium Pulau Pinang: Pertumbuhan Bandar Hijau di Batu Feringgi di sini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, sebanyak 100 inisiatif dilaksanakan secara berperingkat yang akan memberi pengalaman kepada syarikat itu mengukuhkan keupayaan mereka dalam pembangunan sesebuah bandar.

"Khazanah menekankan penggunaan strategi mengharmonikan unsur perbandaran, penduduk dan aktiviti ekonomi dalam projek percubaan berkenaan sebagai kaedah baharu mewujudkan bandar mapan di negara ini,"katanya.

Related Content

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Your Guide to JB City

Download Your Guide to JB City   ...

Iskandar Malaysia Sustainable Metropolis Conference 2011

Download Iskandar Malaysia Sustainable...

What is Iskandar Malaysia

Introduction   The Iskandar Malay...

Why Malaysia? : Facts & Figures

The Federation of Malaysia comprises P...

Where to Shop?

Shopping As the Southern Gateway to Ma...

Comparison of Crime Index in Iskandar Malaysia

Year 2009 : Jan-Feb | Feb-Mar | Mar-Ap...

Iskandar Regional Development Authority

The Iskandar Regional Development Auth...

 
Share |