Iskandar: Sunway nafi berbincang

08 November 2011 , By Utusan

Sunway Bhd. hari ini berkata pihaknya tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dengan konglomerat Sime Darby Bhd. untuk membangunkan bersama bandar baru di Iskandar Malaysia, Johor.

Bagaimanapun, sebagai syarikat pembangunan dan hartanah utama, Sunway berkata, pihaknya sentiasa mencari peluang pembangunan hartanah dalam dan luar negara.

"Kami akan memaklumkan kepada pemegang saham kami menerusi pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia," kata syarikat itu dalam kenyataan itu kepada bursa di sini.

Bernama pada Khamis melaporkan bahawa dua syarikat itu dijangka membangunkan bersama bandar baru di Iskandar Malaysia.

Memetik sumber-sumber industri, laporan itu berkata, kerajaan memperuntukkan tanah bagi pembangunan bersama dan syarikat-syarikat membeli tanah konsesi bagi harga yang baik.

Sumber-sumber itu juga difahamkan bahawa kedua-dua syarikat akan memeterai memorandum persefahaman dalam masa beberapa minggu lagi, dan kerjasama antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta adalah yang terbaik bagi pembangunan masa depan Malaysia.

Related Content

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Social Programmes

RM 200 million has been secured for Pu...

Iskandar Service Centre

Iskandar Service Centre provides one-s...

Medini Incentive Application Documents

Download Application Form For Approved...

Iskandar Regional Development Authority

The Iskandar Regional Development Auth...

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

Strategic Advantages

Located at the crossroads of the East-...

Why Malaysia? : Advantages of Malaysia

Renowned as a stable, well-established...

 
Share |