Festival Layang-Layang Sedunia bermula

17 February 2011 , By Utusan Malaysia

Kira-kira 100,000 pengunjung dijangka membanjiri Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-16 selama empat hari di Bukit Layang-layang, Taman Bandar, Pasir Gudang dekat sini bermula hari ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), A. Rahim Nin berkata, pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai memandangkan penganjuran festival tahun ini mendapat sambutan hangat pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Festival tahun lalu, kategori antarabangsa hanya disertai 11 negara dengan 25 peserta berbanding pesta kali ini yang menyaksikan penyertaan 30 negara membabitkan lebih 200 peserta.

“Pertandingan kategori sekolah dan kebangsaan sudah pun bermula hari ini dan kita jangka lebih ramai pengunjung akan hadir kerana tidak mahu lepaskan peluang menyaksikan pesta kali ini,” katanya pada majlis penyerahan replika cek tajaan di sini.

Pada majlis itu, KFC Holdings (M) Sdn. Bhd., menyumbang tajaan sebanyak RM350,000, Kumpulan Johor Corporation (JCorp) menaja RM50,000 dan Senai-Desaru Expressway Bhd. (RM20,000).

Selain itu, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menyumbang sebanyak RM5,000, manakala Malaysia Marine & Heavy Engineering Sdn. Bhd, Bank Rakyat dan Seri Alam Properties Sdn. Bhd. masing-masing memberi sumbangan RM3,000.

Dalam pada itu, peserta luar negara mula berkampung di Pasir Gudang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan kategori antarabangsa yang bermula esok.

Peserta dari China yang ditemui Utusan Malaysia melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai festival tersebut dan pada masa sama tidak sabar untuk menunjukkan kebolehan mereka.

Seorang ahli perniagaan dari Wilayah Jiangxi, Wang Si Xiao, 38, memberitahu, dia yang pertama kali menyertai festival berkenaan berasa kagum dengan sambutan orang ramai di tapak pesta itu.

“Saya tahu terdapat festival ini disertai peserta dari 30 negara, namun saya yakin dengan kemampuan diri untuk sekurang-kurangnya mempamerkan permainan layang-layang yang baik kepada semua,” katanya.

Perkara sama turut dinyatakan Jacky Chang, 30, dari Wilayah Shandong yang bukan orang asing pada penganjuran festival itu kerana telah menyertainya sejak lima tahun lalu.

Related Content

Where to Play?

Iskandar Malaysia is affordable, acce...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Where to Shop?

Shopping As the Southern Gateway to Ma...

Development Blueprints

Infusing best practices of internation...

Why Iskandar Malaysia?

Strategic LocationGlobal In the global...

Why Malaysia? : Facts & Figures

The Federation of Malaysia comprises P...

Social Programmes

RM 200 million has been secured for Pu...

 
Share |