Indeks jenayah menurun lebih 20 peratus tahun lalu

07 January 2011 , By Berita Harian

JOHOR BAHRU: Penurunan kes jenayah kekerasan dan harta benda di seluruh Johor sepanjang tahun lalu, membantu menurunkan indeks jenayah negeri sebanyak 5,300 kes atau lebih 20 peratus berbanding 2009.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sepanjang tahun lalu, Polis Johor merekodkan penurunan kepada 20,648 kes jenayah di seluruh negeri, berbanding 26,035 kes pada 2009.

Beliau berkata, sepanjang tempoh sama, Indeks Jenayah Jalanan merangkumi 15 kawasan titik panas di negeri ini berjaya diturunkan sebanyak 40.81 peratus.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 49.42 peratus daripada kes yang dilaporkan kepada polis turut berjaya diselesaikan dengan seramai 6,127 penjenayah di tahan kerana pelbagai kesalahan.

“Daripada jumlah itu, 2,841 orang ditahan kerana melakukan kesalahan jenayah kekerasan, manakala 3,286 lagi kerana melakukan kesalahan jenayah harta benda.

“Seramai 381 penjenayah jalanan ditahan dengan 183 daripadanya sudah dituduh di mahkamah, lapan ditahan mengikut Undang-Undang Pencegahan, 204 dibebaskan, manakala enam masih direman,” katanya kepada sidang media berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Menyentuh kes samun ragut, Mohd Mokhtar berkata, seramai 189 penjenayah yang terbabit di dalam kegiatan itu berjaya ditumpaskan, sekali gus membolehkan polis menyelesaikan sebanyak 452 kes.

“Selain daripada tindakan mahkamah, lapan daripada mereka sudah diambil tindakan mengikut Undang-undang Darurat 1969,” katanya.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata, sebanyak 5,933 serbuan terhadap sarang pelacuran dilakukan sepanjang tahun lalu, membawa kepada penahanan 1,929 orang.

Bagi kegiatan perjudian pula, beliau berkata, sebanyak 2,760 serbuan di premis membabitkan mesin perjudian dalam tempoh sama dengan 699 orang ditahan, selain 7,077 mesin dirampas.

“Selain itu, 35 kumpulan penjenayah dapat ditumpaskan membabitkan tangkapan seramai 170 orang sekali gus membolehkan sebanyak 428 kes berjaya diselesaikan tahun lalu.

“Tangkapan membabitkan lapan kumpulan samun rantau, satu kumpulan samun kargo, lapan kumpulan samun Cina, dua kumpulan samun Melayu, tiga kumpulan samun India, 11 kumpulan Ops Lejang dan dua kumpulan Ops Pintu.

Related Content

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

FAQs

1. What is Iskandar Malaysia...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Bus Iskandar Malaysia Service

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa'...

MM2H programme

Malaysia My Second Home Programme (MM2...

Where to Play?

Iskandar Malaysia is affordable, acce...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

 
Share |