Iskandar Malaysia tingkatkan tawaran perniagaan

18 October 2010 , By Berita Harian

JOHOR BAHRU: Iskandar Malaysia akan terus meningkatkan persekitaran perniagaan serta melakukan reformasi menerusi peruntukan RM339 juta seperti diumumkan melalui Bajet 2011.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim, berkata bajet itu satu petanda baik kepada rakyat dalam usaha awal pihak kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Katanya, peruntukan membabitkan pembinaan jalan raya, pembangunan kawasan perumahan serta meningkatkan kegunaan pengangkutan awam berkenaan jelas dapat memberikan banyak manfaat kepada masyarakat umum tanpa mengira bangsa dan agama.

“IRDA boleh memainkan peranan penting seperti yang dilakukan di Pusat Perkhidmatan Iskandar yang adalah satu pusat pelaburan sehenti bagi memudahkan pelaburan dibawa masuk ke dalam Iskandar Malaysia apatah lagi strategi utama ditetapkan dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) melihat ia sebagai sektor swasta untuk menggerakkan ekonomi dalam negara.

“Justeru, kita berharap untuk meningkatkan tawaran perkhidmatan dan ingin terbabit dengan lebih lanjut bagi dengan semua pemegang saham sama ada agensi tempatan dan persekutuan serta pelabur bagi mempercepatkan proses membolehkan pelabur beroperasi dengan lancar di Iskandar Malaysia,” katanya di sini.

Ismail berkata, tumpuan kerajaan terhadap modal insan selaras dengan inisiatif Iskandar Malaysia dalam mengembangkan serta mempertahankannya kerana ia membawa banyak manfaat kepada modal insan di negara ini.

Katanya, daripada perspektif sektor pula, Iskandar Malaysia memberi tumpuan terhadap sembilan sektor kunci ekonomi di mana tiga daripadanya adalah menerusi sektor perkilangan, manakala selebihnya adalah dari segi sektor perkhidmatan.

“Begitupun, teknologi hijau memang termaktub dalam pelan pembangunan kami malah bajet yang diumumkan positif untuk sektor petrokimia, khususnya sektor perkhidmatan minyak di mana Johor sebagai Hab Perkhidmatan Telaga Minyak dan Peralatan (OFSE) dengan pelaburan lebih RM6 bilion di kawasan berkenaan,” katanya.

Related Content

What is Iskandar Malaysia : Industry Cluster

Industry Cluster   The Framework ...

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)

The Graduate Employability Management ...

Development Blueprints

Infusing best practices of internation...

Ninth Malaysia Plan (9MP) Projects

IRDA accelerates the implementation of...

Where to Stay & Eat?

Accommodation For the discerning inves...

 
Share |