Bajet 2011: Terima kasih diberi tumpuan

18 October 2010 , By Utusan Malaysia

Kerajaan negeri berterima kasih kepada Kerajaan Pusat atas tumpuan yang diberikan terhadap negeri ini dalam Bajet 2011 yang memperuntukkan sebanyak RM6 bilion bagi membolehkan Iskandar Malaysia berkembang mengikut landasan yang ditetapkan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, peruntukan itu membolehkan Iskandar Malaysia memberi tumpuan dari segi pertumbuhan dalam bidang minyak dan gas serta industri hiliran berkaitan.

"Iskandar Malaysia juga mendapat sokongan berterusan dengan peruntukan RM339 juta untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur dan pengangkutan awamnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Selain itu, kata Abdul Ghani, Bajet 2011 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, disifatkan sebagai satu bajet yang meneruskan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat keseluruhannya termasuk di luar bandar.

"Ia merupakan bajet yang tepat dengan asas-asas menuju tahap negara maju dan berpendapatan tinggi melalui pertumbuhan ekonomi secara berterusan," katanya.

Related Content

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Where to Stay & Eat?

Accommodation For the discerning inves...

Why Iskandar Malaysia?

Strategic LocationGlobal In the global...

Development Blueprints

Infusing best practices of internation...

Ninth Malaysia Plan (9MP) Projects

IRDA accelerates the implementation of...

 
Share |