Sultan Johor berbuka puasa bersama rakyat

23 August 2010 , By Utusan Malaysia

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat UDA Holdings Bhd. dan Santapan Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Plaza Angsana, di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, baginda berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada 100 penerima terdiri daripada orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, keluarga miskin serta masyarakat Orang Asli.

Majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 pengunjung itu bertambah meriah apabila Sultan Ibrahim turut mengadakan lawatan ke gerai-gerai dan beramah mesra dengan pengunjung serta para peniaga di plaza berkenaan.

Baginda juga mengagihkan bubur lambuk kepada para pengunjung sebelum majlis berbuka puasa.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Pengarah Urusan UDA Holdings, Datuk Jaafar Abu Hassan.

Nur Jazlan dalam ucapannya berkata, program berkenaan bertujuan merapatkan hubungan masyarakat di negeri ini dan ia merupakan salah satu tanggungjawab sosial pihaknya untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam komuniti penyayang.

"Sebagai salah sebuah syarikat pemaju hartanah bumiputera, kita tidak mahu memberi fokus kepada keuntungan semata-mata tetapi pada masa sama turut menjaga kebajikan masyarakat yang ada di negara ini," katanya.

Related Content

Strategic Advantages

Located at the crossroads of the East-...

Malaysia Automated Clearance System

In line with supporting the economic d...

FAQs

1. What is Iskandar Malaysia...

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)

The Graduate Employability Management ...

Iskandar Service Centre

Iskandar Service Centre provides one-s...

Information for Foreigners

Employment The main legislation regul...

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

 
Share |