Kempen keselamatan jalan raya mantap kesedaran

23 August 2010 , By Berita Harian

JOHOR BAHRU: Kira-kira 300 pelajar mengikuti Kempen Keselamatan Jalan Raya Bas Iskandar bagi memantapkan kesedaran mengenai isu keselamatan dan vandalisme ketika menggunakan pengangkutan awam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Nasir Ismail, Kampung Melayu Majidee, di sini baru-baru ini.

Program pertama daripada 12 program yang diadakan di sekolah terpilih di laluan bas Iskandar Malaysia sepanjang tahun ini adalah anjuran bersama Pasukan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PIAM), Jabatan Pelajaran negeri, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Difahamkan, sebanyak 41 sekolah terbabit dalam kempen berkenaan yang berakhir 16 November depan termasuk 12 sekolah yang menjadi tuan rumah antaranya SMK Tun Syed Nasir Ismail, SMK Kempas, SMK Taman Bukit Indah, SMK Impias Emas, SMK Desa Cemerlang, SMK Felda Ulu Tebrau, SMK Morni Pok dan SMK Taman Cendana.

Ketua Bahagian Perancangan Bersepadu Iskandar Malaysia, Mohamad Saelal, berkata kempen berkenaan bertujuan mempromosi perkhidmatan bas Iskandar Malaysia yang bertema Khidmat Mesra, Komuniti Selesa.

Beliau berkata, di samping itu, ia juga untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan jalan raya terutama ketika menunggu, menaiki dan menuruni bas serta memberi kefahaman mengenai kesan vandalisme terhadap kualiti perkhidmatan bas awam.

“Perkhidmatan bas Iskandar Malaysia bermula pada akhir tahun lalu di 16 laluan dan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Kota Iskandar, Nusajaya pada 1 Februari lalu.

“Operasi perkhidmatan bas adalah mengikut jadual yang ditetapkan dan pergerakannya dipantau menggunakan teknologi sistem kedudukan global (GPS) serta sistem litar kamera tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam bas,” katanya di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, pelajar Siti Aminah Ismail, 13, berkata kempen berkenaan memberi kesedaran kepada pelajar mengenai aspek keselamatan.

Beliau berkata, cara melintas  jalan dengan kaedah betul serta cara menaiki bas yang selamat penting bagi mengelak sebarang kemalangan yang tidak diingini.

“Selain itu, kami juga berpeluang menaiki bas Iskandar Malaysia dan dibawa ke beberapa kawasan menarik sekitar bandar raya,” katanya.

Related Content

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

FAQs

1. What is Iskandar Malaysia...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Information for Foreigners

Employment The main legislation regul...

Awareness Of The Iskandar Malaysia Brand

Iskandar Malaysia’s Brand is growing...

Internal Capabilities And Capacity of IRDA

IRDA’s new office in Danga Bay provi...

 
Share |