Projek lebar lebuh raya diberi keutamaan

12 August 2010 , By Berita Harian

PASIR GUDANG: Projek melebarkan Lebuhraya Pasir Gudang (LPG) dua lorong kepada enam lorong, kini diberi keutamaan oleh Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi memastikan isu berkaitan kesesakan laluan lebuh raya itu dapat diselasaikan dalam tempoh terdekat.

Berikutan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sudah diarahkan untuk memasukkan peruntukan bagi melebarkan LPG itu satu projek penting bagi tujuan kelulusan Kerajaan Pusat dalam pelaksanaan RMKe-10 akan datang.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, beliau akan memantau cadangan berkenaan supaya disegerakan bagi memenuhi keperluan rakyat terutama penduduk dan pengguna lebuh raya yang kini kerap berhadapan dengan masalah kesesakan serius pada waktu puncak.

Malah, katanya, kesesakan LPG juga turut menjejaskan ekonomi negeri apabila beberapa syarikat perkilangan besar mula memindahkan operasi dari kawasan perindustrian Pasir Gudang berikutan masalah kesesakan itu.

“Saya melihat isu ini sebagai serius dan perlukan tindakan segera. Cadangan melebarkan LPG itu sebagai praktikal dan perlu diberi keutamaan.

“Sepangjang pemantauan, saya mendapati jumlah kenderaan yang menggunakan LPG semakin bertambah setiap hari tetapi laluan sedia ada masih gagal menampung jumlah kenderaan pelbagai jenis,” katanya di Majlis Taklimat Pembangunan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di Dewan Mesyuarat Menara Aqabah di sini.

Taklimat disampaikan oleh Yang Dipertua MPPG, Abdul Rahim Nin.

Mohamed Khaled berkata, projek pelebaran itu bakal meningkatkan pembangunan Pasir Gudang sebagai kawasan perindustrian penting di bahagian Selatan tanah air selain merancakkan pertumbuhan pembangunan kawasan sekitar.

Related Content

Development Blueprints

Infusing best practices of internation...

Why Iskandar Malaysia?

Strategic LocationGlobal In the global...

Iskandar Service Centre

Iskandar Service Centre provides one-s...

Bus Iskandar Malaysia Service

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa'...

MM2H programme

Malaysia My Second Home Programme (MM2...

Blueprint for Iskandar Malaysia

Here is where you can find and downloa...

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)

The Graduate Employability Management ...

 
Share |