RTM juara Iskandar Malaysia Media Race

03 August 2010 , By Harian Metro

JOHOR BAHRU: Pasukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) muncul juara kejohanan Iskandar Malaysia Media Race 2010 yang diadakan di Iskandar Malaysia di sini, kelmarin.

Kegigihan empat ahli kumpulan berjersi hijau mewakili pasukan Mexico itu turut membawa pulangan besar apabila masing-masing menerima hadiah televisyen LCD jenama Samsung.

Acara tahunan anjuran Iskandar Investment Berhad (IIB) bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) itu adalah yang ketiga diadakan sejak 2008.

Merancakkan tema ‘Kelip-kelip Bintang Terhebat’ 10 pasukan media terdiri daripada 40 wartawan dan jurugambar mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Tempat kedua dimenangi paduan tenaga daripada kakitangan Utusan dan Kosmo manakala ketiga milik pasukan The New Straits Times Press (M) Berhad Johor.

Related Content

Where to Play?

Iskandar Malaysia is affordable, acce...

Iskandar Malaysia Blueprints

There are 32 blueprints to provide a m...

Iskandar Malaysia Sustainable Metropolis Conference 2011

Download Iskandar Malaysia Sustainable...

Internal Capabilities And Capacity of IRDA

IRDA’s new office in Danga Bay provi...

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

What is Iskandar Malaysia

Introduction   The Iskandar Malay...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

 
Share |