MIDA jadi pusat sehenti proses luluskan pelaburan

28 July 2010 , By Berita Harian

TIGA akta berkaitan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat untuk pindaan pada Oktober ini adalah antara usaha kerajaan dalam memudahkan proses pelaburan, justeru, menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata akta berkenaan adalah Akta Promosi dan Pelaburan, Akta Cukai Pendapatan dan Akta MIDA.

Katanya, MIDA akan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan lagi urusan pelabur khususnya dari segi proses mendapatkan kelulusan projek pelaburan dengan lebih pantas iaitu dalam tempoh sehari.

Penjenamaan semula MIDA sudah dilakukan di peringkat pentadbiran dengan sebuah jawatankuasa ditubuhkan yang bertanggungjawab meluluskan semua pelaburan bernilai bawah RM1 bilion.

Jawatankuasa itu dianggotai wakil koridor pembangunan negara serta Kementerian Kewangan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Semua kelulusan jawatankuasa ini adalah muktamad, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Seoul, semalam sempena lawatan rasmi empat hari ke Korea yang bermula kelmarin.

Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Ramlan Ibrahim; Ketua Pengarah MIDA, Datuk Jalilah Baba dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.
Muhyiddin berkata, di bawah pindaan itu, MIDA akan mempunyai bidang kuasa lebih luas termasuk memberi insentif kepada pelabur tanpa merujuk kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Kewangan Kewangan.

Untuk membolehkan MIDA memberi kelulusan segera ke atas permohonan pelaburan dari luar negara, beberapa kuasa daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan akan diserahkan kepada lembaga berkenaan dengan menempatkan pegawai berkaitan di bawah MIDA.

Peranan MIDA yang baru itu adalah lebih fokus dan dengan cara itu kita harap lebih banyak pelaburan masuk ke Malaysia. Dalam keadaan negara lain terutama China dan India bersaing untuk menarik pelaburan asing, cara ini akan memastikan Malaysia terus menjadi pilihan, katanya.

Related Content

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Information for Foreigners

Employment The main legislation regul...

What is Iskandar Malaysia : Industry Cluster

Industry Cluster   The Framework ...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Social Programmes

RM 200 million has been secured for Pu...

Why Iskandar Malaysia?

Strategic LocationGlobal In the global...

 
Share |