JOHOR BAHRU: Mercure Johor Palm Resort & Golf, Hotel Grand Blue Wave dan Hotel The Zon muncul juara Kejohanan Sukan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Johor 2010, baru-baru ini.
Tiga hotel berkenaan berjaya menewaskan lapan lagi hotel yang turut bersaing pada acara tahunan disertai lebih 400 peserta dengan setiap hotel bergabung membentuk empat kumpulan dan bersaing sesame sendiri.
Mercure Johor Palm Resort & Golf, Grand Blue Wave dan The Zon diletakkan dalam Kumpulan Blue Titans BMZ, Kumpulan Yellow Crouching Tigers, disertai Thistle Johor Bahru, Dorsett Hotel dan Tanjung Puteri Golf Resort manakala Pulai Springs Resort, Mutiara Hotel dan Grand Paragon diletakkan dalam Kumpulan ‘Green Dragons’.
Dua lagi hotel iaitu Puteri Pacifik dan New York Hotel diletakkan dalam Kumpulan Red Cobras.
Kejohanan berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Tourism Malaysia, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan (IRDA) selain Digi selaku penaja utama.
Acara dimulakan dengan perasmian di Mercure Hotel diikuti perbarisan pasukan diketuai Pengerusi MAH Johor, Robert Atlee sebelum acara diteruskan dengan senaman aerobik dan pertandingan sebenar.
Sembilan sukan dipertandingkan termasuk sepak takraw, bola jaring, bola tampar, futsal, mini triathlon, pingpong, bowling dan pecut 50 meter.
Atlee berkata, selepas kejayaan dua edisi sebelum ini, iaitu penyertaan tiga hotel pada 2008 dan enam pada tahun lalu, pihaknya berbangga kerana mendapat penyertaan 11 hotel ternama bagi merebut trofi berkenaan tahun ini.
Beliau berkata, menerusi acara yang dipertandingkan itu juga dapat merapatkan hubungan antara hotel seterusnya membantu membangunkan negeri ini dari aspek pelancongan.
“Kami juga menganjurkan acara ini sebagai sokongan terhadap persatuan yang memerlukan dengan wang kutipan didermakan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Johor,” katanya.