Setengah juta dijangka saksikan WBC 2010

27 July 2010 , By Utusan Malaysia

Kira-kira 500,000 pengunjung dijangka menonton Pertandingan Pancaragam Malaysia Sedunia (WBC) 2010 yang berlangsung di bandar raya ini selama empat hari bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjurnya, Datuk Sulaiman Yusof berkata, pertandingan itu dilakukan secara berperingkat pada waktu, tempat dan acara berbeza dengan disertai 1,578 peserta dari lima negara.

"Sebanyak 25 pasukan akan mengambil bahagian iaitu dari Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Afrika Selatan termasuk 15 pasukan tempatan.

"WBC bermula dengan acara pertandingan dram pada pukul 9 pagi hingga lima petang hari ini di Dataran Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) dan esok pembukaan rasmi di Jalan Wong Ah Fook.

"Acara di Jalan Wong Ah Fook bermula pukul 8 hingga 11 malam iaitu pembukaan rasmi dan perarakan pancaragam," katanya pada sidang akhbar mengenai WBC 2010 di Pejabat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di sini hari ini.

Katanya, WBC yang menelan kos kira-kira RM5 juta diteruskan pada hari berikutnya bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari melalui pertandingan pancaragam paip dan dram di dataran MPJB.

Acara kemuncak dan penutup katanya, berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 11 malam di Kota Iskandar dan Nusajaya.

Pertandingan akhir itu katanya, akan diadili oleh 13 juri profesional iaitu tujuh tempatan dan selebihnya dari luar negara.

Menurutnya, pertandingan akhir itu disiarkan secara langsung yang akan disaksikan oleh ramai penonton dari seluruh dunia melalui stesen penyiaran antarabangsa, ESPN Star Sports.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Ismail Ibrahim menyifatkan pertandingan tersebut mampu menjadi salah satu produk pelancongan baru khususnya di Iskandar Malaysia.

Kata Ismail, acara bertaraf antarabangsa itu juga akan mampu menarik minat pelabur asing ke negara ini kerana pertandingan tersebut disiarkan ke seluruh dunia.

Beliau berbesar hati kerana penganjuran kali ini telah memilih Iskandar Malaysia sebagai tuan rumah selepas diadakan buat julung kalinya di Kuala Lumpur, Disember lalu.

Related Content

Safe Home Campaign

As part of Iskandar Malaysia’s commi...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Iskandar Malaysia Blueprints

There are 32 blueprints to provide a m...

Iskandar Malaysia Sustainable Metropolis Conference 2011

Download Iskandar Malaysia Sustainable...

Why Iskandar Malaysia?

Strategic LocationGlobal In the global...

FAQs

1. What is Iskandar Malaysia...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

 
Share |