Teluk Danga bandar kesihatan

26 July 2010 , By Utusan Malaysia

Kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas 202.34 hektar di Teluk Danga di sini bagi tujuan pembangunan perbandaran kesihatan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pusat berkenaan akan menyediakan perubatan moden dan alternatif serta khidmat kesihatan kepada rakyat tempatan termasuk warga Singapura.

Beliau berkata, projek pembangunan yang terletak berhadapan Selat Tebrau itu dijangka dibangunkan oleh Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Holdings dari Singapura.

“Perancangan berhubung projek berkenaan akan dapat dimulakan sebelum penghujung tahun ini dan dijangka mengambil tempoh selama lima tahun,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan Hospital Columbia Asia-Nusajaya Afiat Healthpark di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Columbia Asia di Malaysia, Kelvin Tan dan Pengurus Besar, Hospital Columbia Asia-Nusajaya, Rahani Yaacob.

Abdul Ghani bagaimanapun tidak menyatakan kos, tarikh bermula dan butiran terperinci mengenai pembangunan pusat kesihatan di Teluk Danga berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan menunggu jika kerajaan Singapura membenarkan rakyatnya menggunakan ‘Medisafe’ yang diguna pakai di negara itu bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan di pusat perubatan tersebut.

Katanya, warga Singapura diwajibkan menggunakan ‘Medisafe’ bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Singapura yang diperkenalkan dalam program simpanan kesihatan nasional negara itu.

Jelasnya, buat masa ini penggunaan ‘Medisafe’ hanya dibenarkan di tiga hospital di negara ini iaitu Hospital Pakar Regency, Seri Alam; Pusat Perubatan Mahkota di Melaka dan Pusat Perubatan Gleneagles Intan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, menurut Kelvin, Hospital Columbia Asia yang berharga RM70 juta itu memulakan operasinya sejak 17 Jun lalu merupakan tambahan kepada 19 lagi hospital milik syarikat terbabit yang beroperasi di rantau Asia.

Katanya, hospital yang mempunyai 13 pakar perubatan tetap serta 162 jururawat, paramedik dan kakitangan sokongan itu dilengkapi dengan tiga buah dewan bedah, satu unit endoskopik, empat suite bersalin dan sistem operasi berkomputer.

Related Content

MM2H programme

Malaysia My Second Home Programme (MM2...

Iskandar Regional Development Authority

The Iskandar Regional Development Auth...

Where to Play?

Iskandar Malaysia is affordable, acce...

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

Why Malaysia? : Advantages of Malaysia

Renowned as a stable, well-established...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Why Malaysia? : Key Economic Indicators

Malaysia continues to enjoy healthy su...

 
Share |