Sistem komunikasi lebih efisien di Iskandar

26 July 2010 , By Utusan Malaysia

Rangkaian sistem komunikasi yang baik dan efisien perlu menjadi elemen penting di wilayah pembangunan Iskandar Malaysia bagi menarik pelabur terutamanya dari luar negara untuk ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, wilayah tersebut bakal mengalami pembangunan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat dan kerajaan negeri sendiri akan melaksanakan konsep e-kerajaan.

"Pembangunan infrastruktur komunikasi ini khasnya pelaksanaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) harus menjadi elemen penting di Iskandar Malaysia kerana ia mampu untuk menarik pelabur ke koridor pembangunan itu.

"Kerajaan negeri amat menghargai pelaburan sebanyak RM1.9 bilion untuk tempoh 10 tahun yang dilaksanakan Telekom Malaysia Berhad (TM) sejak penghujung 2008 bagi membangunkan HSBB di negeri ini," katanya ketika merasmikan Karnival Sukan Telekom Malaysia Berhad (TM) di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini kelmarin.

Karnival sukan yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin itu merupakan anjuran Kelab TM Johor dan ia disertai kira-kira 1,300 kakitangan TM dari seluruh negara.

Sebanyak 10 acara dipertandingkan pada karnival tersebut merangkumi sukan bola sepak, badminton, bola tampar dan bola jaring.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamraini Mohd. Isa berkata, pembinaan infrastruktur HSBB di kawasan perumahan baru di Nusajaya, kawasan perindustrian di Permas Jaya dan Senai dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.

"Kawasan perindustrian Skudai, Pasir Gudang dan Tampoi akan mendapat perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (UniFi) secara berperingkat sehingga penghujung 2012," katanya.

Beliau memberitahu, sehingga kini TM mempunyai 117 ibu sawat talian tetap di seluruh negeri ini yang memberikan kemudahan talian tetap kepada 512,000 pelanggan kediaman dan perniagaan.

Katanya, perkhidmatan jalur lebar Streamyx pula telah memenuhi keperluan 186,000 pelanggan manakala 169 lokasi di negeri telah mendapat perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang membantu penembusan jalur lebar di Johor sebanyak 33 peratus.

Related Content

Iskandar Malaysia Blueprints

There are 32 blueprints to provide a m...

Information for Foreigners

Employment The main legislation regul...

Development Blueprints

Infusing best practices of internation...

MM2H programme

Malaysia My Second Home Programme (MM2...

Iskandar Regional Development Authority

The Iskandar Regional Development Auth...

Safe Home Campaign

As part of Iskandar Malaysia’s commi...

Why Iskandar Malaysia?

Strategic LocationGlobal In the global...

Awareness Of The Iskandar Malaysia Brand

Iskandar Malaysia’s Brand is growing...

Bus Iskandar Malaysia Service

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa' ...

 
Share |