Jejak duta kecil Johor

21 July 2010 , By Harian Metro

80 pelajar cemerlang sertai Kongres Pemimpin Muda usaha ikuti Leadership Camp di Jerman

JOHOR BAHRU: “Saya gembira dan cukup berbangga apabila terpilih menyertai Kongres Pemimpin Muda Johor sekali gus berpeluang menonjolkan diri sebagai calon duta kecil negeri ini.

“Biarpun hanya berbekalkan kelayakan akademik dan pengetahuan mengenai latar belakang Johor namun saya yakin mampu menyerlahkan bakat kepemimpinan menerusi pelbagai latihan serta pendedahan yang di beri penganjur,” kata pelajar Sekolah Tun Fatimah (STF), Nurul Syafiqah Samsudin, 16, yang terpilih menyertai Kongres Pemimpin Muda Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, baru-baru ini.

Menurut Nurul Syafiqah, dia meletak harapan tinggi untuk menjadi pemimpin pelajar terbaik sekali gus terpilih ke peringkat seterusnya.

“Buat masa ini, seramai 80 pelajar dari seluruh Johor terpilih mengikuti proses saringan pertama. Sekiranya berjaya melakukan yang terbaik, saya berpeluang menyertai 20 rakan lain ke peringkat individu sekali gus menghampiri cita-cita bergelar duta kecil negeri ini.

“Paling penting, saya mahu berusaha gigih supaya terpilih mengikuti Leadership Camp Adventure di Neuburg, Jerman sekali gus mengharumkan nama sekolah,” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Segamat, K Thanendren, 16, berkata peluang menjadi duta kecil tidak akan dipersiakan sebaliknya dijadikan fokus utama sepanjang tahun ini.

“Saya yakin bahawa dengan kebolehan yang ada ditambah pendedehan serta latihan dari pihak penganjur mampu  menyerlahkan kualiti kepemimpinan dalam diri saya.

“Apa yang pasti, saya tidak sabar untuk mempelajari lebih banyak pengetahuan terutama berkaitan kuasa minda positif dan ilmu psikologi untuk melengkapkan diri sebagai pemimpin berkaliber,” katanya.

 Sementara itu, Pegawai Perhubungan Antarabangsa Jabatan Pelajaran negeri, Rosliza Rosli berkata, program itu adalah sebahagian daripada persediaan Johor untuk melengkapkan pembangunan Wilayah Iskandar.

“Kongres ini adalah yang pertama diadakan Jabatan Pelajaran negeri dan mendapat kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

“Manakala proses saringan pertama dijalankan dengan khidmat Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan UTM merangkap Timbalan Pengarah Pusat Kaunseling dan Kerjaya UTM Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr. Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor,” katanya.

Rosliza berkata, pengambilan pertama Kongres Pemimpin Muda Johor membabitkan 80 pelajar daripada 39 sekolah cemerland di Johor.

“Kita akan menjalankan proses saringan sebelum memilih 30 pelajar untuk mengikuti proses temubual di Pejabat IRDA. Mereka yang bertuah akan ke peringkat seterusnya hingga pemilihan akhir dibuat,” katanya.

Related Content

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Iskandar Malaysia Information Kit

Download Iskandar Malaysia Information...

FAQs

1. What is Iskandar Malaysia...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Where to Shop?

Shopping As the Southern Gateway to Ma...

What is Iskandar Malaysia

Introduction   The Iskandar Malay...

Why Malaysia? : Advantages of Malaysia

Renowned as a stable, well-established...

 
Share |