Singapura rancakkan projek Iskandar Malaysia

15 July 2010 , By Berita Harian

Negara jiran pelabur tertinggi menerusi syarikat swasta

KOTA ISKANDAR : Singapura kekal antara pelabur terbesar dinegeri ini bagi menjana dan merangsang pertumbuhan ekonomi terutama bagi merancakkan pelaksanaan projek Iskandar Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, republik berkenaan memang tampil sebagai pelabur tertinggi di Johor yang dibuat secara berterusan menerusi syarikat swasta dari sana.

“Ini buktinya, cuma pelabur belum datang dari syarikat milik kerajaan Singapura. Kita percaya penyelesaian isu perkara perjanjian (Points of Agreement) yang mendorong kepada dua syarikat utama di kedua-dua negara bergabung untuk memulakan projek penting yang jika dilaksanakan pasti banyak syarikat swasta dan milik kerajaan Singapura akan melabur di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Ng See Tiong (BN-Parit Yaani) mengenai langkah yang diambil kerajaan untuk mempromosikan Iskandar Malaysia bagi menarik kehadiran lebih ramai pelabur Singapura.

Abdul Ghani berkata, Iskandar Malaysia sudah menarik pelabur terkumpul sebanyak RM60.9 bilion termasuk 42 peratus daripadanya adalah pelabur asing.

Menjawab soalan tambahan dari Ong Kow Meng (DAP-Senai) yang mendakwa kerajaan negeri tidak mengambil langkah aktif untuk menarik pelabur Singapura, beliau berkata, pihaknya menafikan dakwaan berkenaan kerana antara tiga pelabur terbesar di negeri itu adalah dari Singapura.

“Kita mesra pelabur, kita ambil Nusa Cemerlang sebagai contoh. Saya cadangkan Yang Berhormat (Ong) melawat kawasan itu kerana kilang perindustrian yang beroperasi rata-rata adalah dari Singapura,” katanya.

Selain itu, Abdul Ghani berkata, kerajaan membenarkan warga asing untuk membeli hartanah di negeri berkenaan tetapi pada masa yang sama ada nishbah tertentu ditetapkan bagi membolehkan rakyat tempatan berpeluang membeli hartanah.

Menjawab soalan lisan Datuk Osman Sapian (BN-Kempas) berkaitan jumlah pelaburan dalam program sosial dan pelaksanaan kemudahan dalam Iskandar Malaysia, katanya, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sudah melaksanakan projek seperti membersihkan sungai, membina persimpangan bertingkat dan membina rumah untuk golongan berpendapatan rendah.

“IRDA memperuntukkan RM200 juta untuk membina 1,500 rumah bagi golongan berkenaan dan menyediakan pelbagai kemudahan awam lain. Semenanjung IRDA bertanggungjawab secara langsung terhadap sebarang kesulitan yang timbul sepanjang pelaksanaan projek Iskandar Malaysia,” katanya.

Abdul Ghani juga berkata, kerajaan negeri yakin jumlah pelaburan di Iskandar Malaysia akan meningkat sama ada dari kalangan pelabur tempatan mahupun pelabur asing.

Related Content

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

FAQs

1. What is Iskandar Malaysia...

Iskandar Malaysia Blueprints

There are 32 blueprints to provide a m...

Iskandar Regional Development Authority

The Iskandar Regional Development Auth...

Iskandar Service Centre

Iskandar Service Centre provides one-s...

 
Share |