Koridor pertumbuhan catat pelaburan RM248.06 bilion

15 July 2010 , By Utusan Malaysia

Kerajaan telah menerima nilai pelaburan komited RM248.06 bilion menerusi lima koridor pertumbuhan di seluruh negara dari 2006 hingga Mei lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany berkata, jumlah tertinggi diterima Koridor Tenaga Diperbaharui (SCORE) iaitu sebanyak RM87.61 bilion.

Menurutnya, ini diikuti Iskandar Malaysia (RM60.18 bilion), Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) (RM39.94 bilion), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) (RM32.01) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) (RM28.32 bilion).

Jelasnya, sumber pelaburan diperoleh dari dalam dan luar negara termasuk Asia Barat, Eropah, Asia, Amerika Syarikat (AS) dan Australia.

"Sebahagian besar pelaburan asing tertumpu dalam sektor melibatkan jumlah pelaburan tinggi termasuk bekalan tenaga, kertas dan pulpa serta industri berat seperti besi, logam, zink dan aluminium di samping pelabuhan, hartanah, perumahan dan hotel," katanya.

Beliau menjawab soalan Matulidi Jusoh (BN-Dungun) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Matulidi bertanya mengenai jumlah komitmen pelaburan yang diterima kelima-lima koridor pertumbuhan negara itu sejak dilancarkan pada 2006 serta status pelaksanaan projek di kawasan tersebut.

Devamany berkata, 197 program serta projek pembangunan dicadangkan di semua koridor pertumbuhan tersebut kini dilaksanakan dalam pelbagai peringkat.

Dari segi status pelaksanaan, menurutnya, semua 18 projek di Iskandar Malaysia telah dimulakan manakala 27 projek NCER atau 90 peratus kini dilaksanakan dan 80 projek atau 93 peratus sedang berjalan dalam ECER.

Jelasnya, semua 54 program untuk SDC sedang dilaksanakan dan keseluruhan sembilan projek di SCORE sudah dimulaka

Related Content

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

FAQs

1. What is Iskandar Malaysia...

MM2H programme

Malaysia My Second Home Programme (MM2...

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

What is Iskandar Malaysia

Introduction   The Iskandar Malay...

Blueprint for Iskandar Malaysia

Here is where you can find and downloa...

 
Share |