Taman Tema Ketiga di Iskandar Malaysia

12 July 2010 , By KhabarOrangJohor online

Selepas pembinaan Legoland Malaysia dan taman tema tertutup, Kerajaan Negeri bercadang membina taman tema ketiga di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar.

Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata taman tema ketiga bertemakan air itu akan disesuaikan untuk golongan muda.

"Memandangkan dua taman tema sebelum ini disasarkan untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun, kini Kerajaan Negeri bercadang membina taman tema khusus untuk golongan muda."

Abdul Ghani berkata demikian dalam sidang media sempena lawatan kerja ke Pusat Model Bangunan untuk Legoland Malaysia, di sini.

Dalam lawatan itu, Abdul Ghani melahirkan rasa kagumnya terhadap kebolehan anak-anak muda yang bekerja di kilang itu kerana mampu membina model bangunan-bangunan terkenal di negeri Johor dengan cantik dan kemas.

Antara model bangunan yang diyakini mampu menarik minat pengunjung ke taman tema berkenaan ialah Masjid Abu Bakar, Kompleks Mahkamah dan Bangunan Sultan Ibrahim.

Taman Tema Legoland yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012 bakal menjadikannya taman tema pertama syarikat itu di rantau Asia dan kelima di dunia selepas Legoland Billund (Denmark), Legoland Windsor (London), Legoland California (Amerika Syarikat) dan Legoland Deutschland (Jerman).

Taman tema itu nanti akan menyediakan 40 tarikan, permainan interaktif dan pertunjukan yang sesuai untuk hiburan seisi keluarga, di samping turut menempatkan bangunan hotel dan pejabat.

Related Content

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Development Blueprints

Infusing best practices of internation...

Ninth Malaysia Plan (9MP) Projects

IRDA accelerates the implementation of...

Where to Play?

Iskandar Malaysia is affordable, acce...

Why Malaysia? : Advantages of Malaysia

Renowned as a stable, well-established...

Safe Home Campaign

As part of Iskandar Malaysia’s commi...

 
Share |