Nelayan Orang Asli dakwa hasil tangkapan merosot akibat pencemaran
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang berlaku kepada lebih 50 nelayan pesisir pantai di perkampungan Orang Asli Teluk Jawa, di sini, apabila mata pencarian mereka hasil daripada tangkapan ikan terjejas teruk berikutan masalah pencemaran akibat pembangunan projek di kawasan berhampiran.
Mereka mendakwa pencemaran yang berlaku sejak lebih tiga bulan lalu menyebabkan ramai mereka terpaksa pulang ke rumah tanpa sebarang hasil tangkapan sekali gus mengakibatkan pendapatan terhadap isi rumah kini sekadar kais pagi makan pagi terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai tanggungan.
Tok Batin perkampungan terbabit, Gustik Tik, 48, berkata akibat daripada pencemaran hasil pembangunan yang kian rancak berlangsung di sekitar Sungai Lunchu itu secara tidak langsung menimbulkan tekanan terhadap nelayan yang tidak dapat meraih pendapatan mereka untuk perbelanjaan harian keluarga.
Katanya, beliau sedih melihat masalah ini berlarutan tanpa diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan apatah lagi kerja penambakan laut yang dilakukan pihak pemaju di kawasan paya bakau menyebabkan air laut menjadi bertambah keruh dan berkelodak hingga menjejaskan kegiatan mencari hasil laut.
"Masalah ini merunsingkan kami kerana majoriti daripada kami hanya mengharapkan hasil tangkapan laut untuk menjalani kehidupan harian sedangkan jika hasil tangkapan yang dibawa pulang pun belum tentu boleh dimakan kerana ia berbau bahan kimia yang dikhuatiri memudaratkan kesihatan kami.
"Malah, dengan keadaan laut yang kotor berkenaan tidak memungkinkan kami mendapat sumber pendapatan seperti sebelum ini di mana sejak kejadian pencemaran ini berlaku teruk, hasil purata tangkapan laut sukar mencecah RM30 berbanding RM100 sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini.
Perkampungan Orang Asli Teluk Jawa yang mula wujud kira-kira hampir 50 tahun lalu berkenaan antara lain mempunyai kira-kira 25 keluarga nelayan tradisional membabitkan kira-kira 100 penduduk di mana hasil pendapatan utama mereka adalah tangkapan laut untuk dijual kepada pasaran setempat.
Nelayan, Dell Jakun, 50, berkata keadaan yang berlaku sejak lebih tiga bulan lalu itu nyata memberi tekanan kepada beliau apabila hasil tangkapan tidak memuaskan selain menimbangkan masalah lain yang boleh berlaku sekiranya meneruskan kegiatan mencari hasil tangkapan laut di kawasan terjejas teruk itu. ok Batin perkampungan terbabit, Gustik Tik, 48, berkata akibat daripada pencemaran hasil pembangunan yang kian rancak berlangsung di sekitar Sungai Lunchu itu secara tidak langsung menimbulkan tekanan terhadap nelayan yang tidak dapat meraih pendapatan mereka untuk perbelanjaan harian keluarga.
Katanya, beliau sedih melihat masalah ini berlarutan tanpa diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan apatah lagi kerja penambakan laut yang dilakukan pihak pemaju di kawasan paya bakau menyebabkan air laut menjadi bertambah keruh dan berkelodak hingga menjejaskan kegiatan mencari hasil laut.
"Masalah ini merunsingkan kami kerana majoriti daripada kami hanya mengharapkan hasil tangkapan laut untuk menjalani kehidupan harian sedangkan jika hasil tangkapan yang dibawa pulang pun belum tentu boleh dimakan kerana ia berbau bahan kimia yang dikhuatiri memudaratkan kesihatan kami.
"Malah, dengan keadaan laut yang kotor berkenaan tidak memungkinkan kami mendapat sumber pendapatan seperti sebelum ini di mana sejak kejadian pencemaran ini berlaku teruk, hasil purata tangkapan laut sukar mencecah RM30 berbanding RM100 sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini.
Perkampungan Orang Asli Teluk Jawa yang mula wujud kira-kira hampir 50 tahun lalu berkenaan antara lain mempunyai kira-kira 25 keluarga nelayan tradisional membabitkan kira-kira 100 penduduk di mana hasil pendapatan utama mereka adalah tangkapan laut untuk dijual kepada pasaran setempat.
Nelayan, Dell Jakun, 50, berkata keadaan yang berlaku sejak lebih tiga bulan lalu itu nyata memberi tekanan kepada beliau apabila hasil tangkapan tidak memuaskan selain menimbangkan masalah lain yang boleh berlaku sekiranya meneruskan kegiatan mencari hasil tangkapan laut di kawasan terjejas teruk itu.
Seorang lagi nelayan, Meli Dollah, 50, berkata jika sebelum ini isteri dan anak-anaknya turut membantu menambahkan pendapatan keluarga dengan menangkap ketam dan mengutip siput di kawasan paya bakau itu, kini ia hanya menjadi mimpi ngeri keluarga mereka apabila habitat kehidupan laut berkenaan turut musnah.
Katanya, berikutan masalah pendapatan terjejas teruk berkenaan, beberapa anak gadis daripada keluarga nelayan terpaksa bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang selain menjadi pelayan di restoran berdekatan bagi membantu menyara keluarga mereka yang tidak lagi mendapat pendapatan seperti sebelum ini.
"Kebanyakan daripada kami tidak pernah ke sekolah serta tidak mempunyai kemahiran lain memandangkan sejak kecil lagi sudah didedahkan dengan kegiatan penangkapan ikan, jadi apabila masalah ini berlaku ia secara langsung menjejaskan sumber pendapatan kami dan saya berharap pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini," katanya.