Pelajar didedah dunia pelancongan

01 July 2010 , By Berita Harian

400 ahli Kelab Pelancongan Pelajar sertai Kursus Act Tourism 2010

JOHOR BAHRU: Lebih 400 ahli Kelab Pelancongan Pelajar (K3P) dari sekolah menengah seluruh negeri ini mengikuti Kursus Act Tourism bagi membangunkan modal insan dalam industri pelancongan negeri di Hotel The Zone Regency, Stulang Laut, di sini.

Kursus dua hari berkenaan adalah satu daripada 32 program dirancang Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Johor bersama rakan strategik iaitu Jabatan Pelancongan Johor, Tourism Malaysia Johor dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sepanjang tahun ini.

 Ia menyasar golongan pelajar sekolah untuk mendapat pendedahan awal mengenai dunia pelancongan dengan ilmu yang disampaikan itu diharap dapat digunakan untuk mencari pekerjaan sesuai dalam industri pelancongan.

Pelajar Tingkatan Enam Atas Sekolah Tinggi Muar, Lim Chin Hui, 19, berkata kursus berkenaan memberi banyak maklumat industri pelancongan di negeri ini.

Beliau yang bercita-cita menjadi penyanyi terkenal berkata, walaupun baru pertama kali menyertai kursus pelancongan berkenaan, dia yakin industri itu di negeri ini mampu maju berikutan kaya dengan kebudayaan dan alam sekitar yang menarik.

“Dengan ilmu yang diperoleh, saya akan membantu memperkenalkan negara. Jika saya berjaya menjadi penyanyi di Taiwan atau Hong Kong, saya akan mengajak peminat saya berkunjung ke negeri ini yang cukup menarik untuk dilawati,” katanya.

Syahir Syahmi Samidi, 14, dari sekolah yang sama berkata, dengan ilmu yang diperoleh daripada kursus berkenaan, beliau akan cuba memperkenalkan Johor kepada rakan-rakan.

“Dengan latihan yang diterima untuk menjadi duta kecil pelancongan, saya berharap dapat memperkenalkan Johor yang kaya dengan budaya dan alam sekitar kepada rakan-rakan apabila berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri Johor, Hoo Seong Chang, berkata program pelancongan pelajar atau 3P yang diwujudkan Kementerian Johor bertujuan memberi pendedahan dan mendidik pelajar mengenai industri pelancongan.

Related Content

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Social Programmes

RM 200 million has been secured for Pu...

Why Iskandar Malaysia?

Strategic LocationGlobal In the global...

Where to Shop?

Shopping As the Southern Gateway to Ma...

FAQs

1. What is Iskandar Malaysia...

 
Share |