KSJBTKB majukan resort di Sungai Johor

01 July 2010 , By Utusan Malaysia

Koperasi Sinar Jaya Bandar Tenggara Kulaijaya Berhad (KSJBTKB) akan membangunkan tanah seluas 108,700 hektar di Mukim Ulu Sungai Johor dengan Projek Lembah Ekopelancongan.

Projek yang diberi nama Sinar Tenggara Eco-Resort (STER) itu berkonsepkan percutian ala kampung dan dibangunkan secara berperingkat-peringkat dengan kerjasama kerajaan Pusat, kerajaan negeri atau pihak swasta dalam tempoh antara 15 hingga 25 tahun.

Pengerusinya, Mohamed Ameran Sohiran berkata, STER bakal menjadi pemangkin utama kepada usaha kerajaan bagi melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera luar bandar menceburi bidang pelancongan atau ekopelancongan.

Ia juga diharap menjadikan contoh aktiviti koperasi penduduk luar bandar yang berupaya menjadi syarikat korporat dan mampu menguruskan projek besar dan berprestij, katanya.

Selain sebagai pusat pelancongan berkonsepkan percutian yang digabungkan dengan aktiviti perladangan dan ternakan, ia juga sesuai dijadikan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"Bagi memenuhi aktiviti penduduk sekitar pula, projek ini bakal menyediakan kemudahan penginapan ala kampung, lokasi riadah keluarga, aktiviti sukan air, memancing, berkebun dan berladang yang dapat menjana sumber kewangan harian serta meningkatkan taraf pendapatan dan sosio ekonomi penduduk tempatan," katanya di sini baru-baru ini.

Mohamed Ameran berkata, STER merupakan perancangan serta perubahan baru yang berperanan sebagai komponen sokongan dan pelengkap kepada kemajuan Wilayah Ekonomi Iskandar Malaysia.

"Ia satu pakej pembangunan projek ekopelancongan yang lengkap kerana merangkumi dan menjangkau keperluan ekonomi, sosio, budaya dan politik," katanya.

Related Content

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

FAQs

1. What is Iskandar Malaysia...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

What is Iskandar Malaysia : Industry Cluster

Industry Cluster   The Framework ...

Iskandar Regional Development Authority

The Iskandar Regional Development Auth...

Why Malaysia? : Advantages of Malaysia

Renowned as a stable, well-established...

 
Share |