Iskandar Malaysia terima pelaburan baru RM224j

29 June 2010 , By Utusan Malaysia

Pembukaan cawangan universiti luar negara di Iskandar Malaysia, Johor dilihat bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan tinggi serantau.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkembangan itu juga akan menarik lebih ramai pelajar asing yang bercadang untuk menyambung pengajian di sini.

"Kita mengalu-alukan universiti luar negara yang mahu beroperasi di Iskandar Malaysia kerana ia selaras hasrat untuk menjadikan Malaysia hab pendidikan tinggi serantau.

"Kementerian bersedia menjadi pemudah cara dengan menawarkan bantuan yang diperlukan," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pendidikan Iskandar Malaysia dengan Institut Pembangunan dan Pengurusan Singapura (MDIS) di sini hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, T. Jasudasen.

Pada majlis itu, Pendidikan Iskandar diwakili Pengerusi Pendidikannya, Arlida Aris manakala MDIS oleh Setiausaha Agungnya, Dr. R. Theyvendran.

Melalui persetujuan itu, MDIS bakal menjadi universiti luar negara yang keempat membuka cawangan di Iskandar Malaysia selepas Universiti Newcastle Malaysia, Kolej Marlborough Malaysia dan Universiti Raffless Iskandar.

Sementara itu, Theyvendran berkata, keputusan membuka kampus cawangan itu berdasarkan faktor keyakinan terhadap pasaran pendidikan di Malaysia dan yakin pelaburan bernilai RM224 juta tersebut berbaloi.

"Kerja pembinaan kampus akan bermula pada tahun depan dan apabila semua tiga fasa lengkap menjelang 2023, 10,000 pelajar akan belajar di sini," katanya.

Katanya, sebagai permulaan, empat kursus diperkenalkan iaitu Pengurusan Perniagaan, Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Media Digital serta Pengurusan Pelancongan dan Perhotelan.

Related Content

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Where to Stay & Eat?

Accommodation For the discerning inves...

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

Social Programmes

RM 200 million has been secured for Pu...

MM2H programme

Malaysia My Second Home Programme (MM2...

What is Iskandar Malaysia : Industry Cluster

Industry Cluster   The Framework ...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

 
Share |