Kimlun sasar jadi pusat sehenti

28 June 2010 , By Berita Harian

Syarikat laksana beberapa strategi termasuk pelaburan RM36j bina kilang di Johor

KIMLUN Corp Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, menyasarkan muncul sebagai antara penyedia perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan sehenti terbesar serantau menjelang 2012.

Pengarah Eksekutifnya, Pang Yon Tin, berkata bagi mencapai sasaran itu, syarikat melaksanakan beberapa strategi termasuk membuat pelaburan RM36 juta bagi membina kilang di Johor, khusus bagi mengeluarkan barangan konkrit kegunaan industri.

Katanya, menerusi kilang itu, Kimlun berupaya menawarkan pelbagai rangkaian produk berkaitan industri pembinaan, sekali gus meletakkannya pada landasan kukuh mengembangkan lagi perkhidmatannya dengan meneroka beberapa projek industri pembinaan di pasaran serantau.

“Kami mempunyai kepakaran dalam pembinaan infrastruktur dan pembinaan bangunan selain terbabit dalam pengurusan dan pemantau sistem bangunan industri (IBT), pembuatan produk konkrit serta beberapa kerja pembinaan lain.

“Justeru, kami yakin dengan siapnya kilang itu, ia akan mempercepatkan proses transformasi Kimlun untuk muncul penyedia perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan setempat iaitu daripada pengeluaran barangan konkrit sehinggalah ke proses pembinaan,” katanya dalam temu bual di Petaling Jaya, baru-baru ini. Kimlun adalah syarikat pelaburan utama dengan memiliki tiga anak syarikat milik penuh iaitu Kimlun Sdn Bhd (KLSB), SPC Industries Sdn Bhd (SPC) dan I-Buildtech Solutions Pte Ltd (IBT).

Antara aktiviti utama kumpulan itu adalah sebagai pembekal perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan yang mengkhusus dalam pembinaan prasarana dan bangunan, pengurusan pembinaan, dan pembuatan produk konkrit.

Ketika ini, syarikat itu terbabit dalam beberapa projek pembinaan dengan menjadi kontraktor kerja kepada beberapa syarikat lain seperti SP Setia, IOI Properties, Mah Sing, Boustead dan Asiatic selain turut dalam pembinaan di Iskandar Malaysia menerusi kontrak yang diterima daripada UEM Land.

Sempena penyenaraiannya, syarikat membuat tawaran awam permulaan (IPO) membabitkan 64 juta saham terbitan baru dan 11.3 juta saham sedia ada bernilai 50 sen seunit pada harga 97 sen seunit.

Daripada 64 juta saham baru itu, 11.45 juta saham ditawarkan kepada rakyat Malaysia, 1.5 juta saham untuk pekerja dan rakan perniagaan Kimlun dan anak syarikatnya yang layak, 33.05 juta saham untuk penempatan tertutup untuk pelabur terpilih dan 18 juta saham untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Related Content

Bus Iskandar Malaysia Service

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa'...

Internal Capabilities And Capacity of IRDA

IRDA’s new office in Danga Bay provi...

Blueprint for Iskandar Malaysia

Here is where you can find and downloa...

Medini Incentive Application Documents

Download Application Form For Approved...

Why Malaysia? : Key Economic Indicators

Malaysia continues to enjoy healthy su...

Development Blueprints

Infusing best practices of internation...

Iskandar Malaysia Sustainable Metropolis Conference 2011

Download Iskandar Malaysia Sustainable...

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

Why Iskandar Malaysia?

Strategic LocationGlobal In the global...

 
Share |