Cosmosarium di Iskandar Malaysia

23 June 2010 , By Utusan Malaysia

Johor bercadang membina sebuah cosmosarium dan pusat sains Negeri di Iskandar Malaysia sebagai salah satu usaha menggalakkan perkembangan bidang astronomi dan sains di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kemudahan prasarana yang lengkap dan pengisian aktiviti yang menyeluruh mampu membangkitkan minat terhadap kedua-dua bidang berkenaan.

Beliau berkata, antara kemudahan disediakan adalah balai cerap yang dilengkapi dengan teleskop dan aksesorinya, dewan pameran serta dewan tayangan.

"Kerajaan negeri berharap agar cosmosarium dan pusat sains itu mampu menjadi satu pusat pembelajaran dan penyelidikan yang unggul di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Minggu Sains, Teknologi dan ICT negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd. Ali Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Latiff Yusof dan Ketua Pegawai Maklumat negeri, Datuk Hamsan Saringat.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri juga sedang berbincang dengan Petrosains Sdn. Bhd., untuk membawa pameran dinosaur iaitu Dinotrek 2 ke Johor tahun depan.

Pameran berkenaan akan membolehkan orang ramai khususnya rakyat negeri ini meneroka pengetahuan mengenai haiwan pra sejarah itu yang telah pupus sejak 65 juta tahun lalu, katanya.

"Kesemua perancangan itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menggerakkan minda orang ramai terhadap pengetahuan sains dalam pelbagai bidang," katanya.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata, penggunaan talian telefon berteknologi Voice Over Internet Protocol (VOIP) untuk semua jabatan dan agensi kerajaan di Pusat Pentadbiran di Kota Iskandar berjaya menjimatkan sehingga 85 peratus kos bil telefon yang terpaksa ditanggung selama ini.

Beliau berkata, teknologi VOIP mula dipasang dan digunakan pada Februari lalu dan ia membolehkan perhubungan telefon antara jabatan di Kota Iskandar dibuat secara percuma.

Related Content

Awareness Of The Iskandar Malaysia Brand

Iskandar Malaysia’s Brand is growing...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Social Programmes

RM 200 million has been secured for Pu...

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

Ninth Malaysia Plan (9MP) Projects

IRDA accelerates the implementation of...

Connection with RMK-9

The Ninth Malaysia Plan (2006-2010) re...

Where to Shop?

Shopping As the Southern Gateway to Ma...

Strategic Advantages

Located at the crossroads of the East-...

Blueprint for Iskandar Malaysia

Here is where you can find and downloa...

 
Share |