Transformasi Johor Bahru RM1.8bilion

11 June 2010 , By Harian Metro

JOHOR BAHRU: Johor Bahru bakal ditukar sebagai bandar raya berdaya saing menerusi pelan utama kerajaan negeri untuk membangunkan tanah berkeluasan 40 hektar membabitkan kos RM1.8 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Menteri Besar, Datul Abdul Ghani Othman berkata, pelan mengubah Johor Bahru akan dimulakan hujung tahun ini dan memakan antara lima hingga enam tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

“Dengan usaha kerajaan negeri mendahulukan projek pembangunan di bandar raya ini, ia secara tidak langsung menggalakkan sektor swasta untuk turut serta melabur dalam infrastruktur fizikal.

“Tambahan pula, pelan berkenaan juga dijangka berjalan lancar melalui projek pembiayaan sektor swasta berbentuk Dana Mudahcara bakal disediakan di bawah RMK-10 dan dijangka menarik lebih banyak pelaburan daripada sektor swasta,” katanya dalam siding media, di Banggunan Sultan Ibrahim, di sini, selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Semalam, Perdana Menteri menggariskan lima teras strategi di bawah RMK-10 ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 bagi menuju ke arah itu, Malaysia perlu merangka pendekatan baru mengutamakan modal insan berkualiti, inovasi dan kreativiti serta kerajaan bertindak umpama sebuah syarikat berdaya saing.

Ia membabitkan lima teras dengan teras pertama mengubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI).

Kedua, mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi manakala teras ketiga pula menuju ke arah pembangunan sosio-ekonomi secara inklusif.

Teras keempat dan kelima pula ialah membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia serta mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

Menurut Abdul Ghani, antara kawasan bakal diberi tumpuan dalam usaha mentransformasi Johor Bahru termasuk menaik taraf sekitar Sungai Segget dan Jalan Wong Ah Fook.

“Kemudahan di beberapa laluan juga akan dinaik taraf bagi keselesaan orang ramai termasuk di Kebun Teh selain Kim Teng Park.

“Malah, selaras pengumuman Perdana Menteri ketika berkunjung ke bandar raya ini, sebanyak RM200 juta di bawah Dana Kemudahan akan diperuntukan untuk tujuan pemulihan Sungai Segget, sekitar Jalan Wong Ah Fook yang berpontensi sebagai lokasi tumpuan pelancong,” katanya.

Related Content

Connection with RMK-9

The Ninth Malaysia Plan (2006-2010) re...

Information for Foreigners

Employment The main legislation regul...

Where to Play?

Iskandar Malaysia is affordable, acce...

Bus Iskandar Malaysia Service

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa'...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Development Blueprints

Infusing best practices of internation...

Iskandar Malaysia's Strategic Roadmap

IRDA’s strategic direction is refere...

 
Share |