Laluan kereta api lengkap kemudahan

11 June 2010 , By Utusan Malaysia

Pembinaan laluan kereta api berkembar dari Gemas ke Kempas di sini yang melibatkan kos RM8 bilion disifatkan sebagai pelengkap kepada keseluruhan laluan tersebut yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, segmen itu merupakan bahagian terakhir laluan tersebut yang dibina seiring dengan pertumbuhan dan pembangunan bandar raya ini.

"Saya berasa bangga kerana Johor sama-sama turut menerima kesan pembangunan peringkat nasional dan ia selaras dengan kewujudan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di pintu masuk utama selatan tanah air.

"Ia dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018 dan saya menaruh keyakinan pembinaannya dapat menyumbang kepada pertumbuhan Iskandar Malaysia secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengikuti pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Related Content

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Malaysia Automated Clearance System

In line with supporting the economic d...

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

Safe Home Campaign

As part of Iskandar Malaysia’s commi...

Medini Incentive Application Documents

Download Application Form For Approved...

 
Share |