RM6.2j naik taraf kemudahan awam

10 June 2010 , By Berita Harian

Projek terminal pengangkutan, Pasar Awam Larkin dijangka siap satu setengah tahun

JOHOR BAHRU: Sebanyak RM6.2 juta akan dibelanjakan kerajaan negeri bagi menaik taraf Terminal Pengangkutan Awam dan Pasar Awam Larkin yang dijangka bermula hujung tahun ini.

Daripada jumlah berkenaan, RM5 juta akan diperuntukkan bagi membina kemudahan bagi perkhidmatan keluar masuk bas yang hingga kini sudah hampir mencecah 1,800 bas sehari pada hari biasa dan hampir 2000 pada musim cuti sekolah dan perayaan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata dari segi kapasiti, terminal berkenaan bakal, menerima kira-kira 2,200 bas sehari menyebabkan ia perlu dinaik taraf bagi memudahkan penumpang.

Beliau berkata, disebabkan kesesakan berkenaan, satu perubahan fizikal perlu dilakukan segera dengan menambah kemudahan bagi menampung jumlah bas yang bakal meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Pada peringkat permulaan, pembinaan akan difokuskan untuk menampung kira-kira 2,200 bas sehari dan jumlah itu akan dipertingkatkan sehingga 4,200 bas dalam tempoh 10 tahun,” katanya dalam sidang akhbar ketika mengadakan lawatan ke Larkin Sentral semalam.

Abdul Ghani meluangkan masa selama dua jam setengah bagi mendengar taklimat ringkas taraf terminal berkenaan selain melawat Plaza Larkin. Hadir sama, Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad.

Katanya, lot kedai bagi peniaga kecil di terminal berkenaan juga akan dibesarkan kerana ia tidak lagi sesuai kerana kecil.

Ketika ini, lot kedai terbabit hanya mempunyai keluasan 14.56 meter persegi dan apabila projek berkenaan dilaksanakan, setiap lot kedai yang baru akan mempunyai keluasan 21.84 meter persegi yang lebih luas serta selesa buat peniaga.

“Bagi Pasar Awam pula, ramai merungut ia panas kerana laluan angin tidak cukup, kerana itu kita cadangkan dindingnya dibuka dan dijadikan pagar terbuka bagi membolehkan angin masuk.

“Bagaimanapun semua projek naik taraf ini memerlukan persetujuan bersama semua pihak memandangkan sewanya perlu dinaikkan,” katanya.

Beliau berkata, projek berkenaan boleh dimulakan seawal hujung tahun ini dan semua pembinaan dijangka boleh disiapkan dalam tempoh satu setengah tahun.

Projek terminal pengangkutan, Pasar Awam Larkin dijangka siap satu setengah tahun.

Related Content

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Why Malaysia? : Key Economic Indicators

Malaysia continues to enjoy healthy su...

Why Malaysia? : Facts & Figures

The Federation of Malaysia comprises P...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Iskandar Malaysia's Strategic Roadmap

IRDA’s strategic direction is refere...

Iskandar Malaysia Sustainable Metropolis Conference 2011

Download Iskandar Malaysia Sustainable...

Malaysia Automated Clearance System

In line with supporting the economic d...

Share |