Skim pembiayaan mudah ganti geran PKS: Najib

02 June 2010 , By Berita Harian

Bayaran balik minimum, permudah usahawan lunas pinjaman

KERAJAAN akan menghentikan pemberian geran kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menggantikannya dengan skim pembiayaan mudah dengan kadar pembiayaan yang minimum.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah itu bagi membina sikap bertanggungjawab yang tinggi di kalangan pemilik syarikat sektor itu terhadap perniagaan masing-masing, pada masa sama membolehkan lebih banyak yang menikmati manfaatnya.
 
Beliau berkata, pinjaman mudah itu akan diselaraskan SME Corp Malaysia dan jumlahnya akan diumumkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang dijadualkan 10 Jun ini.

“Usahawan akan disediakan pinjaman mudah pada kadar pembiayaan yang amat rendah kerana kita mahukan tahap ‘akauntabiliti’ yang lebih tinggi.

“Ia juga bagi membolehkan lebih banyak syarikat PKS mendapat manfaat kerana jika kita bagi geran bilangan penerimanya adalah terhad,” katanya pada sidang media selepas melawat Pameran Inovasi PKS: SMIDEX 2010, di Pusat Konvensyen KLCC, semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan yakin, syarikat PKS mampu membayar balik pinjaman jika masing-masing memupuk sikap positif untuk berusaha lebih gigih menjayakan perniagaan dan melangsaikan hutang lebih awal dari jadual.
“Jika sesebuah syarikat PKS itu berjaya, terutama yang melakukannya menerusi inovasi, pulangan yang akan diperoleh berlipat kali ganda dan mereka mampu bayar balik pinjaman.

“Ada pemilik syarikat menyatakan kepada saya, pinjaman yang dibuat dengan MARA mampu dibayar lebih awal dari jadual. Sikap seperti ini perlu dipupuk. Jika kita terus memberi geran, mereka merasakan ia adalah sumber yang mudah diperoleh,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan, insentif kepada PKS akan diteruskan dalam RMK-10 dan sektor berkenaan juga akan terus diberikan galakan menerusi dana modal teroka serta latihan dan promosi pada peringkat antarabangsa.

Beliau juga bangga melihat kemajuan dicapai PKS tempatan, terutama dari segi kemampuan untuk berkembang dengan menerapkan proses inovasi.

“Apa yang saya harapkan untuk melihat proses inovasi sebagai kaedah yang dibudayakan dalam sektor PKS kerana budaya ini akan membangunkan lagi keupayaan mereka untuk berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Related Content

Iskandar Malaysia Blueprints

There are 32 blueprints to provide a m...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Information for Foreigners

Employment The main legislation regul...

Where to Play?

Iskandar Malaysia is affordable, acce...

Iskandar Malaysia Sustainable Metropolis Conference 2011

Download Iskandar Malaysia Sustainable...

 
Share |