KPJ Healthcare buka tiga lagi hospital baharu

01 June 2010 , By Utusan Malaysia

KPJ Healthcare Bhd akan melabur RM200 juta untuk pembukaan tiga hospital baharu di Klang, Selangor dan Pasir Gudang serta Muar, kedua-duanya di Johor menjelang pertengahan tahun depan.

Hospital yang bakal dibuka itu ialah Hospital Pakar Pasir Gudang, Hospital Pakar Muar dan Hospital Pakar Klang.

Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, pada peringkat permulaan, pihaknya akan menyediakan 400 katil di ketiga-tiga hospital berkenaan dan bilangannya akan ditambah mengikut permintaan semasa.

"Pembukaan hospital baru itu juga secara tidak langsung dapat meluaskan rangkaian hospital KPJ serta memberi lebih banyak peluang perniagaan kepada kumpulan.

"Kita juga merancang membuka hospital di beberapa kawasan lain termasuk di Tanjung Lumpur, Pahang dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan KPJ Helathcare Berhad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Pada masa ini, KPJ Healthcare mempunyai 19 rangkaian hospital di seluruh negara dan dua cawangan di Indonesia.

Sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima 15,000 pesakit dari luar negara termasuk Indonesia, Jepun, Somalia, Jepun, Iran, Arab Saudi, United Kingdom, Libya, Maldives dan Jerman.

Muhammad Ali berkata, pihaknya juga akan memperuntukkan antara RM50 hingga RM100 juta untuk menaik taraf kemudahan perubatan termasuk peralatan yang digunakan di semua hospital milik KPJ.

Beliau berkata, langkah itu untuk memastikan setiap hospitalnya dilengkapi dengan teknologi perubatan terkini untuk keselamatan dan keselesaan para pelanggan.

"Kami akan meneruskan pelaburan bagi peralatan baru serta pembangunan modal insan bagi memastikan setiap perkhidmatan yang disediakan mencapai piawaian antarabangsa.

"Menerusi kemudahan terkini, kami dapat menyediakan mutu perkhidmatan penjagaan perubatan terbaik kepada para pelanggan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KPJ Healthcare juga berjaya memperbaiki prestasinya dalam suku pertama tahun ini dengan pendapatan kesemua hospital menunjukkan peningkatan.

Beliau berkata, syarikat berjaya mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 11 peratus kepada RM376 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pihaknya juga berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 20 peratus kepada RM38 juta untuk pendapatan sebelum cukai bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Related Content

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)

The Graduate Employability Management ...

Why Iskandar Malaysia?

Strategic LocationGlobal In the global...

Bus Iskandar Malaysia Service

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa'...

Iskandar Regional Development Authority

The Iskandar Regional Development Auth...

 
Share |