Sektor swasta pemacu utama ekonomi negara - Najib

24 May 2010 , By Utusan Malaysia

Kerajaan mahu melihat sektor swasta mengambil alih peranan yang dimainkan oleh sektor awam sebagai pemacu utama ekonomi negara selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, peranan sektor swasta akan menjadi lebih penting dalam MBE, malah ia boleh diibaratkan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara.

"Kerajaan hanya akan bertindak sebagai 'enabler', menerusi pelaksanaan pelbagai galakan serta insentif bagi membolehkan sektor swasta menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan bangunan Aero Mall dan Bandar Lapangan Terbang Senai di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, anggota exco serta pegawai kanan kerajaan negeri.

Najib berkata, sejak berlakunya krisis kewangan Asia pada 1997, peranan sektor swasta dalam mendorong ekonomi telah semakin susut dan ia telah diambil alih oleh sektor kerajaan

Related Content

Internal Capabilities And Capacity of IRDA

IRDA’s new office in Danga Bay provi...

Malaysia Automated Clearance System

In line with supporting the economic d...

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Social Programmes

RM 200 million has been secured for Pu...

Iskandar Service Centre

Iskandar Service Centre provides one-s...

Where to Stay & Eat?

Accommodation For the discerning inves...

Why Malaysia? : Facts & Figures

The Federation of Malaysia comprises P...

 
Share |