Masalah kesesakan Lebuh Raya Pasir Gudang akan diatasi

24 May 2010 , By Utusan Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberi keutamaan menyelesaikan masalah kesesakan di Lebuh Raya Pasir Gudang di sini supaya ia dapat memberi keselesaan kepada orang ramai yang tinggal di kawasan sekitar.

Perdana Menteri berkata, masalah itu sudah lama dibangkitkan dan tindakan susulan perlu diambil segera bagi mengatasinya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk berkata, Perdana Menteri membangkitkan perkara itu ketika bertemu dengan pemimpin masyarakat di sini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kampung Baru Plentong di sini hari ini.

Katanya, selain masalah kesesakan Lebuhraya Pasir Gudang, Perdana Menteri turut menyentuh permohonan untuk membina sebuah jambatan baru dan masalah banjir di kampung tersebut.

Cher Puk berkata, Perdana Menteri telah mendengar dengan teliti masalah dan keluhan rakyat di kawasan tersebut yang dikemukakan oleh Mohamed Khaled semasa pertemuan tersebut.

"Perdana Menteri kemudian memberitahu bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan khususnya masalah kesesakan Lebuh Raya Pasir Gudang akan menjadi keutamaan kerajaan dalam menyelesaikannya," katanya.

Perdana Menteri sebelum itu meluangkan kira-kira 45 minit melawat Kampung Baru dan beramah mesra dengan penduduk serta meninjau pameran mengenai projek tebatan banjir Sungai Plentong di kampung berkenaan.

Najib juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin tempatan dan veteran MCA di kedai kopi Keng Guan Tong yang merupakan kedai kopi tertua di kampung itu.

Cher Puk berkata, kerajaan telah bersetuju membina jambatan konkrit di Kampung Baru dengan perbelanjaan kira-kira RM3 juta bagi menggantikan jambatan besi lama yang usang.

"Pembinaan jambatan baru ini amat penting untuk 2,000 penduduk termasuk digunakan oleh murid sekolah berulang alik," katanya.

Cher Puk berkata, Perdana Menteri juga dimaklumkan tentang projek tebatan banjir Sungai Plentong bernilai RM60 juta yang siap pada tahun lalu dan berjaya menangani masalah banjir melibatkan lebih 2,600 keluarga.

Best Regards,

Related Content

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

What is Iskandar Malaysia

Introduction   The Iskandar Malay...

Comparison of Crime Index in Iskandar Malaysia

Year 2009 : Jan-Feb | Feb-Mar | Mar-Ap...

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

Internal Capabilities And Capacity of IRDA

IRDA’s new office in Danga Bay provi...

 
Share |