Malaysia tawar persekitaran pelaburan kondusif

24 May 2010 , By Utusan Malaysia

Kedudukan Malaysia di tempat ke-10 di kalangan negara paling berdaya saing di dunia membuktikan negara mampu menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif kepada pelabur luar.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, laporan World Competitiveness Yearbook (WCY) 2010 baru-baru ini amat penting kerana ia sentiasa menjadi rujukan kepada golongan pelabur untuk mengetahui sesebuah negara sebelum membuat pelaburan.

Beliau berkata, ramai pelabur meletakkan kepercayaan tinggi ke atas WCY berikutan laporannya yang mengemukakan nombor sahih dan nyata bagi sebuah negara sebagai fakta.

''Apabila mereka melihat angka ini, saya pasti para pelabur meyakini Malaysia yang memiliki kualiti tinggi untuk menjadi negara lebih berdaya saing dan membuktikan kemampuannya yang lebih baik daripada negara lain.

''Justeru, saya yakin mereka akan melihat Malaysia sebagai sebuah negara persekitaran pelaburan yang kondusif kepada pelabur luar,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo Usahawan Bistari 2010 anjuran bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Johor Corporation (JCorp) di Pusat Konvensyen Persada di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Beliau mengulas lonjakan Malaysia daripada kedudukan ke-18 tahun lalu ke tempat ke-10 di kalangan negara paling berdaya saing di dunia mengikut laporan World Competitiveness Yearbook 2010 baru-baru ini.

Ditanya perkembangan lain sama ada krisis di Eropah akan memberi kesan ke atas pelaburan langsung asing (FDI) negara-negara berkenaan ke Malaysia, beliau berkata, kesan yang diterima adalah kecil.

Beliau berkata, negara memiliki penampan berikutan jalinan hubungan antara China yang begitu erat dan negara itu merupakan rakan dagangan yang terbesar Malaysia sejak suku pertama tahun ini.

"Kita dapati mungkin FDI negara Eropah agak perlahan, namun pelaburan dari China mampu mengatasinya manakala pasaran tradisional lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan sentiasa ada walaupun jatuh sedikit tetapi masih memberangsangkan.

"Kita juga menjangka pelaburan besar berterusan dari China yang merupakan sasaran utama MITI selain pasaran penting lain seperti negara-negara Asia Barat," katanya.

Mengulas komitmen Lembaga Pelaburan Qatar (QIA) yang bersetuju melabur AS$5 bilion (RM16 bilion) di Malaysia, Mukhriz berkata, perkembangan itu berikutan negara berkenaan melihat Malaysia berada di kedudukan lebih tinggi terutama dalam industri halal.

Related Content

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

Where to Play?

Iskandar Malaysia is affordable, acce...

Why Malaysia? : Advantages of Malaysia

Renowned as a stable, well-established...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

What is Iskandar Malaysia : Industry Cluster

Industry Cluster   The Framework ...

Iskandar Malaysia Blueprints

There are 32 blueprints to provide a m...

What is Iskandar Malaysia

Introduction   The Iskandar Malay...

Iskandar Regional Development Authority

The Iskandar Regional Development Auth...

 
Share |