Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif baru untuk menarik golongan profesional tempatan di luar negara supaya kembali bertugas di Malaysia bagi menampung keperluan tenaga kerja mahir di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia termasuk mengkaji semula dasar berkaitan golongan profesional asing bagi membolehkan mereka bertugas dan turut bersama profesional tempatan menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.
Katanya, antara inisiatif itu ialah peraturan yang lebih selesa untuk golongan profesional sama ada bekas rakyat Malaysia dan keluarga mereka serta warga asing untuk tinggal di negara ini.
“Inisiatif kedua, peraturan yang lebih kemas berhubung dasar kerakyatan dan ketiga, membina pekerja berkemahiran tinggi mengenai permit kerja dan prosedur imigresen dan keempat, meneruskan usaha liberalisasi dalam sektor perkhidmatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan laman portal dan pameran MyWorklife@Iskandar Showcase di Puteri Harbour di sini hari ini.
MyWorklife@Iskandar Showcase adalah pameran selama dua hari bermula esok bertujuan mengetengahkan pelbagai peluang untuk bekerja di Iskandar Malaysia.
Laman portal tersebut adalah platform maya yang direka untuk mencapai, menarik dan mendekati bakat dari dalam dan luar negara yang berpotensi untuk bekerja di sebanyak 20 syarikat berkaitan kerajaan dan swasta di wilayah berkenaan.
Najib berkata, inisiatif dan kajian terhadap dasar tersebut penting kerana kerajaan bimbang dengan pengaliran tenaga profesional tempatan yang berkhidmat di luar negara kerana keadaan itu tidak menepati aspirasi dan hasrat menjadi negara maju menjelang 2020.
Lebih-lebih lagi, katanya, ketika ini sebanyak 77 peratus daripada tenaga kerja di negara ini hanya berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ia sudah tentu tidak mencukupi menampung keperluan industri berkemahiran dan teknologi tinggi negara.
Katanya, ia sebagaimana digariskan dalam Model Baru Ekonomi (MBE) bahawa untuk menjadikan Malaysia negara membangun memerlukan penyediaan tenaga kerja yang mencukupi.