LPP: Pergerakan trafik dilencong

19 May 2010 , By Berita Harian

JOHOR BAHRU: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) melencongkan pergerakan trafik sepanjang Jalan Skudai-Jalan Tun Razak bermula Sabtu lalu hingga Ogos 2011 bagi pelaksanaan kerja menyiapkan Lebuhraya Pesisir Pantai (LPP).

Irda mengumumkan Jalan Tun Abdul Razak berhampiran Maybank Taman  Tasek, di sini ditutup dan dilencongkan ke laluan sementara.

Kenderaan dari Skudai yang menuju ke Jalan Tun Abdul Razak dan pusat bandar diminta menggunakan lorong kiri untuk ke jalan sementara yang disediakan manakala pengguna yang menghala ke Teluk Danga serta Pantai Lido diminta menggunakan lorong kanan.

“Lencongan ini dilakukan bagi memudahkan kerja pemasangan kerangka jambatan Jalan Tun Abdul Razak menghala ke Skudai, sebahagian daripada projek  LPP yang dijadualkan siap pada Disember tahun depan.

“Apabila siap, ia dijangka memendekkan masa perjalanan dari pusat bandar ke Nusajaya kepada hanya 10 minit berbanding antara tempoh 30 hingga 40 minit ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Irda memohon maaf dan meminta pengguna jalan berkenaan bersabar dengan kesulitan dihadapi.

Related Content

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)

The Graduate Employability Management ...

Iskandar Malaysia Information Kit

Flagship Incentives Iskandar Malaysia ...

Where to Stay & Eat?

Accommodation For the discerning inves...

Iskandar Malaysia Blueprints

There are 32 blueprints to provide a m...

Where to Shop?

Shopping As the Southern Gateway to Ma...

Comparison of Crime Index in Iskandar Malaysia

Year 2009 : Jan-Feb | Feb-Mar | Mar-Ap...

 
Share |