Pasir Gudang destinasi antarabangsa

05 May 2010 , By Utusan Malaysia

Persatuan Pelayaran Johor komited untuk menjadikan Pasir Gudang sebagai destinasi pilihan utama bagi kejohanan perahu layar bertaraf antarabangsa.

Timbalan Presidennya, Lukman Abu Bakar berkata, ini kerana Pasir Layar, Tanjung Langsat di Pasir Gudang telah beberapa kali dijadikan lokasi bagi kejohanan perahu layar di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia berkata, selain kemudahan prasarana sukan yang lengkap, faktor angin yang baik turut menjadi faktor pihaknya mahu destinasi tersebut menjadi lokasi bagi kejohanan yang lebih besar.

''Kita kini dalam usaha menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Perahu Layar Asia 2012 yang bakal berlangsung pada 20 hingga 29 Februari 2012.

''Kita berharap dapat menganjurkan kejohanan bertaraf dunia itu buat kali pertamanya di Pasir Gudang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pada Kejohanan Perahu Layar KFC-MPPG Terbuka Johor 2010 di sini semalam.

Beliau berkata, Kejohanan Perahu Layar Asia bagi 2009 dan 2010 berlangsung di Langkawi, Kedah membuktikan bahawa Malaysia diiktiraf sebagai lokasi penganjuran kejohanan perahu layar bertaraf antarabangsa.

Justeru, katanya, persatuan akan memberikan perhatian lebih serius untuk mencungkil bakat baru dan seterusnya mengetengahkan pelayar tempatan ke peringkat yang lebih tinggi selain menggilap bakat sedia ada.

Selain itu, kata Lukman, sokongan daripada pelbagai pihak terutama dari segi penajaan juga dilihat penting bagi memastikan pembangunan sukan perahu layar ini dijalankan secara berterusan selari dengan matlamat kecemerlangan sukan negara.

Dalam kejohanan tiga hari bermula 30 April lalu, sebanyak 83 atlet mengambil bahagian bagi acara optimist, laser 4.7, laser radial, laser standard dan international 420.

Related Content

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

Iskandar Service Centre

Iskandar Service Centre provides one-s...

Iskandar Regional Development Authority

The Iskandar Regional Development Auth...

Ninth Malaysia Plan (9MP) Projects

IRDA accelerates the implementation of...

Where to Stay & Eat?

Accommodation For the discerning inves...

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

 
Share |