Kadar jenayah Kulaijaya turun 9.6 peratus

04 May 2010 , By Berita Harian

KULAIJAYA: Kadar keseluruhan jenayah di daerah ini, berkurangan sebanyak 9.6 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan sebahagian besar daripadanya adalah hasil kerjasama rapat antara polis dan orang ramai.

Daripada jumlah berkenaan, jenayah jalanan yang menjadi penyumbang utama berkurangan hampir 50 peratus iaitu 16 kes berbanding 30 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata sebanyak 366 kes jenayah dicatatkan bermula Januari hingga April di daerah berkenaan berbanding 405 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau berkata, setakat ini, jumlah berkenaan boleh mencapai sasaran kerajaan yang mahukan pihak polis menyelesaikan kira-kira 20 peratus kes jenayah di kawasan mereka dalam setahun menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

“Walaupun kami boleh mencapai sasaran ditetapkan, kita masih perlukan kerjasama rapat dengan orang ramai untuk mencegah jenayah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Pekerja Bersama Rakan Cop anjuran IPD Kulaijaya di Hypermarket Kulai, kelmarin.

Sempena program sehari yang diadakan ketika cuti umum Hari Pekerja itu, Zulkefly turut menyampaikan sijil penyertaan dalam Rakan Cop kepada ketua kampung dan pengerusi kelab Rukun Tetangga di daerah berkenaan selain mengunjungi pameran diadakan.

Zulkefly berkata, pembabitan pihak swasta seperti pusat beli-belah dalam menganjurkan program berkenaan mampu membantu pihaknya untuk menangani jenayah.

“Kita perlukan program sebegini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat bagi membantu mengatasi jenayah yang berlaku di kawasan mereka kerana orang ramai adalah mata dan telinga kepada kami,” katanya.

Melalui Rakan Cop, Zulkefly berkata orang ramai yang merasa curiga kemungkinan berlakunya jenayah boleh mengambil tindakan segera menghubungi pihak polis atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) supaya tindakan susulan boleh dilakukan secepat mungkin.

Sementara itu, Pengurus Kanan Kong San Enterprise yang menguruskan pusat beli belah berkenaan, Alice Tan, berkata program seumpama itu kali pertama dianjurkan pihaknya sebagai sebahagian program kemasyarakatan di daerah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk sekali lagi menganjurkan program serupa pada Jun ini bagi mendidik masyarakat untuk bersama-sama polis membantu membanteras jenayah.

Related Content

Safe Home Campaign

As part of Iskandar Malaysia’s commi...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Comparison of Crime Index in Iskandar Malaysia

Year 2009 : Jan-Feb | Feb-Mar | Mar-Ap...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

Why Malaysia? : Facts & Figures

The Federation of Malaysia comprises P...

Iskandar Malaysia Blueprints

There are 32 blueprints to provide a m...

MM2H programme

Malaysia My Second Home Programme (MM2...

Share |