Bugfest kembali pada 4-6 Jun

04 May 2010 , By Utusan Malaysia

Peminat dan pemilik kereta Volkswagen bakal menyaksikan perhimpunan kereta tersebut sempena Bugfest 2010 pada 4 hingga 6 Jun ini.

Sebanyak 400 buah kereta Volkswagen dari dalam dan luar negara dijangka menyertai acara tersebut yang berlangsung di ruang legar Kompleks Beli-Belah Sutera Mall di sini.

Presiden Kelab Volkswagen Johor Bahru, S. Bhasgaran berkata, acara tersebut sebelum ini merupakan acara tahunan sejak 1993, namun sejak enam tahun lalu tidak diadakan lagi selepas pengasasnya, Nash Nasihin Ali meninggal dunia.

"Sebanyak 13 kategori pelbagai kereta Volkswagen akan dipertandingkan dan yuran sebanyak RM50 dikenakan bagi setiap kereta," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, tiada had penyertaan dikenakan dan pemilik boleh mengemukakan lebih daripada satu penyertaan dan pemilik kereta Volkswagen keluaran baru turut diundang.

Selain pameran, pihaknya turut menyediakan pelbagai acara sampingan seperti pertandingan mencari harta karun, mewarna dan derma darah.

Bhasgaran berkata, Bugfest pernah mencatat sejarah dalam Malaysian Book Of Records pada 2001 dengan penyertaan sebanyak 420 buah kereta Volkswagen dan diharap pameran akan datang bakal mencipta sejarah sekali lagi.

Sebarang pertanyaan mengenai acara dan pertandingan boleh menghubunginya di 012-7718424.

Related Content

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

Strategic Advantages

Located at the crossroads of the East-...

Your Guide to JB City

Download Your Guide to JB City   ...

What is Iskandar Malaysia : How We Can Help

How We Can Help   Investing in Ma...

Blueprint for Iskandar Malaysia

Here is where you can find and downloa...

Bus Iskandar Malaysia Service

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa'...

Connection with RMK-9

The Ninth Malaysia Plan (2006-2010) re...

Comprehensive Development Plan (CDP)

The Comprehensive Development Plan (CD...

 
Share |