8 kampung setinggan ditawar rumah pangsa

04 May 2010 , By Berita Harian

JOHOR BAHRU: Lapan perkampungan setinggan di pinggiran Sungai Tebrau akan ditawarkan rumah pangsa mampu milik yang dilengkapi dengan kemudahan lebih selesa di bawah program penempatan semula setinggan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menyampaikan Sijil Kelayakan Memiliki Rumah kepada ketua masyarakat lapan kampung yang terbabit di rumah contoh projek, bersebelahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang sempena lawatan beliau ke kawasan Parlimen Johor Bahru, semalam.

Kenyataan Unit Media dan Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor, berkata program penempatan semula setinggan membabitkan RM303 juta itu antara yang terbesar di Johor buat masa ini.

 “Ia bakal memperbaiki tahap sosio ekonomi penduduk di sepanjang Sungai Tebrau yang sekian lama menghuni kawasan terbabit dalam keadaan kurang selesa dan tidak tersusun. Perpindahan menyeluruh ini juga akan memberi laluan kepada projek Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) yang akan melalui kawasan perkampungan terbabit.

“Kerja pembinaan lebuh raya itu kini sedang rancak dijalankan dan dijangka siap menjelang penghujung 2011,” katanya.

Abdul Ghani berkata, kerajaan akan membina 10 blok rumah pangsa 11 tingkat lengkap dengan kemudahan awam dalam lingkungan lima kilometer dari penempatan asal mereka.

Katanya, rumah pangsa itu akan dibina oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (syarikat pelaburan kerajaan negeri) dengan Tebrau Teguh Berhad yang dilantik sebagai pemaju bersama dan kontraktor utama projek.

“Kumpulan pertama penduduk dijangka berpindah ke rumah baru mereka pada awal 2012. Pembahagian unit rumah pangsa ini berdasarkan dua kategori iaitu 1,360 keluarga yang sebelum ini memiliki Lesen Menduduki Sementara (TOL). Mereka layak membeli rumah dengan subsidi RM35,000 seunit.

“Harga pasaran bagi unit ini melebihi RM80,000, berkeluasan 78,96 meter persegi dan dilengkapi tiga bilik tidur serta dua bilik air,” katanya.

Related Content

Iskandar Insight Newsletter

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Malaysia Brochures

Here is where you can find and downloa...

Iskandar Regional Development Authority

The Iskandar Regional Development Auth...

FAQs

1. What is Iskandar Malaysia...

Awareness Of The Iskandar Malaysia Brand

Iskandar Malaysia’s Brand is growing...

Why Malaysia? : Facts & Figures

The Federation of Malaysia comprises P...

Strategic Advantages

Located at the crossroads of the East-...

Share |